bila saatnye masa terhenti.. masihkah ada cahaya yang menerangi.. masihkah adakah jalan bagiku..ya ALLAH aku lemah terpaku...tanpa hala tuju,,
Sunday, 26 August 2012
Wednesday, 15 August 2012
Dah solat belum??

Tepuk dada tanya hati..mungkin semalam dan sekarang kita masih diberikan peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas ..mungkin hari ini kita masih bersuka ria,membuang masa dengan aktiviti tk berfaedah,masih lagi alpa serta lupa terhadap Penciptanya..atau amik tidak endah atau anda terfikir kiamat lama lagi..tapi tahukah anda adakah esok,akan datang,atau sebentar lagi adakah kita diberi peluang untuk bernafas...renungkan2..kita semua bakal ahli kubur...cepat atau lambat saja tidak diketahui..itu rahsia ALLAH..adakah sudah meningkat umur baru nak bertaubat,,adakah time sakit baru nak ingat ALLAH..adakah semasa ditimpa musibah baru ingat sejadah....
Masih belum terlambat untuk kita berubah ke lebih baik..masih belum terlewat untuk kita ingat sejadah..
masih belum terlambat...walaupun kekadang sesuatu benda yang kita buat itu adalah terpaksa...tapi andai kita lakukan sesuatu utk mendapat keredhaan ALLAH dan istiqamah..insyALLAH yang terpaksa itu akan jadi terbiasa... :)
Monday, 13 August 2012
selembut hati yg keras
Walaupun tk nampak tapi besar ganjarannya
Friday, 10 August 2012
"barangsiapa yang sungguh2 memohon mati syahid kepada ALLAH ..maka ALLAH akan menghantarkan ke kedudukan orang2 yang mati syahid ,,sekalipun dia mati di tempat tidurnya"
YA ALLAH,kami memohon kepada MU..golongkan ibu bapa kami,keluarga kami,anak2 kami,sahabat2 kami,semua muslimit san muslimat dalam golongan yg memburu syahidmu... T_T

YA ALLAH,kami memohon kepada MU..golongkan ibu bapa kami,keluarga kami,anak2 kami,sahabat2 kami,semua muslimit san muslimat dalam golongan yg memburu syahidmu... T_T
Wahai
para pemuda pemudi yang rindukan syahid di jalan ALLAH...yang merindui
kampong halaman iaitu syurga Allah..yang mencintai Allah.... bangkitlah sama2, persiapkan diri, perbaiki diri menjadi mujahid mujahidah yang memburu syurga Nya..
Thursday, 9 August 2012
layak kah aku jadi isteri solehah?

saya ada satu cerita yang nak dikongsikan pada rakan2...silakan membaca...Dia seorang wanita yang dikenali seorang yang kuat kuat ibadah, malah hati dan cintanya hanya untuk Allah S.W.T. pun masih meragui apakah dia mampu menjalankan tugas sebagai isteri yang beriman dan taat.
Kisah ini dinukilkan untuk bahan renungan kita bersama. Mudah-mudahan ianya menjadi pengajaran dan keinsafan kepada kita semua.
Diceritakan ketika matinya suami seorang waliyah bernama Al Bashriyyah, maka Hassan Al Basri serta teman-temannya minta izin untuk masuk ke rumahnya. Beliau mengizinkan mereka masuk dan beliau menjatuhkan tabir rumahnya lalu duduk di belakang tabir.
Kemudian Hassan Basri dan teman-temannya berkata ; “Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka pilihlah dari para zahid ini (pembenci dunia) siapa yang kamu kehendaki.”
Rabiah berkata ; “Ya, aku terima dengan senang hati dan penuh pernghargaan, tapi aku mahu bertanya kepada kamu sekalian, siapakah yang paling pandai di antara sekalian hingga aku akan mengahwininya?” Mereka berkata ; “Hassan Basri.” Kemudian Rabiah ; “Kalau engkau dapat memberi jawapan kepadaku mengenai empat pertanyaan, maka aku bersedia menjadi isterimu.”
Hassan Basri berkata ; “Tanyalah kepadaku, kalau Allah memberi pertolongan kepadaku untuk boleh menjawabnya, aku berikan jawapan pada pertanyaanmua.”
Kemudian Rabiah berkata ; “Bagaimana jawapanmu kalau aku mati, aku keluar dari alam dunia dalam keadaan Muslim atau kafir?” Hassan Basri menjawab ; “Ini adalah barang yang samar (tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah).”
Rabiah berkata lagi ; “Bagaimana jawapanmu ketika aku diletakkan di tempat perkuburanku dan aku ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir apakah aku boleh menjawab pertanyaan mereka berdua atau tidak?” Hassan Basri menjawab ; “Ini juga barang samar.” Kemudian Rabiah berkata lagi ; “Tatkala manusia dibangkitkan pada Hari Qiamat dan bertebaran catatan-catatan amala manusia, lantassebahagian mereka diberikan catatan amal dengan tangan kanannya dan sebahagian mereka diberi catatan amal dengan tangan kirinya. Apakah aku diberi catatan amalku dengan tangan kananku atau tangan kiriku?”
Lalu Hassan Basri menjawab ; “Ini juga barang samar.”
Kemudian Rabiah bertanya lagi ; “Tatkala diundang pada Hari Qiamat, sebahagian masuk ke Syurga dan sebahagian masuk ke Nereka, apakah aku termasuk ahli Syurga atau ahli Neraka?”
Hassan Basri menjawab ; “Ini juga barang samar.”
Lalu Rabiah berkata ; “Apakah seorang yang khuatir memikirkan tentang empat perkara ini (lebih baik) mempunyai suami atau mengosongkan diri dari suami?”
Lihatlah kepada wanita ini, ia seorang ahli ibadah serta pembenci dunia. Bagaimana beliau khuatir akan akhir hidupnya. Tidak ada kekhuatiran ini, kecuali kerana kejernihan hatinya dari kekotoran dan meresap ilmunya.
Seorang isteri yang solehah ialah jika melakukan satu dosa kepada suaminya, maka ia akan menyesal ketika itu juga. Dan demi mengharapkan keredhaan suaminya, dia menangis sampai beberapa hari kerana takutkan seksaan Allah dan dia berkata kepada suaminya, jika dia melihat suaminya bersedih hati : “Kalau kesedihanmu kerana urusan Akhirat, maka berbahagialah bagimu, dan kalau kesedihanmu kerana urusan dunia, maka sesungguhnya aku tidak memaksamu untuk melakukan apa yang kamu tidak mampu.”
Wednesday, 8 August 2012
Allah berfirman di dalam Al Quran:"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."
(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)
(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)
Saturday, 4 August 2012
^_^
Masa itu akan kembali tercipta dihatiku setiap kali kenangan itu menjemputku pulang....Kenangan ini muncul disaat aku keseorangan maka menjelma lah ia sebagai penglipur lara
mungkin kah...
sesungguhnya aku insan yg lemah,,sering alpa dn lalai ..kadangkala aku sendiri tk kuat utk terima ini semua...
YA ALLAH...aku perlukan-Mu di siang hariku…aku perlukan-Mu diwaktu malamku…aku perlukan-Mu sewaktu jagaku…aku perlukan-Mu didalam lenaku…aku perlukan-Mu sepanjang hidupku…sehingga ke akhir nafasku, aku masih perlukan-Mu…selama-lamanya…
Friday, 3 August 2012
![]() |
| Dengan nama ALLAH yang Maha Permurah lagi Maha mengasihi.. |
Rendahkan lah suaraku,,perindahkan ucapankudan lembutkan hatiku untuk ibu bapa ku..
Berilah mereka balasan yang sebaik2nya atas didikannya padaku...
Periharakanlah sebagaimana mereka memelihara ku....
Ya ALLAH,,Ampunkan lah dosa2 mereka dan kasihani lah dirinya...lindungi ibu bapa ku dari mara bahaya...dan kasihani lah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil...
panjangkanlah usia mereka ,murahkanlah rezeki mereka dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga..
Sesungguhnya Engkau lah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua Pengasih..aminn...
#tatkala aku jauh dari keluarga kadangkala aku kesunyian....rindu suasana kt rumah yg "riuh randah cm kandang ayam"bak kata mama..
beza sangat kat sini...hari minggu je mesti sepi rumah ni sebab houmate semua blik..hmmm.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
Ayu nya wanita
(◠‿◠✿ Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita kerana keteguhan imannya.
Cukuplah ALLAH bagiku..
Bukan menolak CINTA adam tapi dalam proses mencari CINTA ILAHI..Kalau saya GAGAL dalam mencari CINTA ILAHI..maka tak MUSTAHIL saya juga akan GAGAL dalam menCINTAI dia yakni HAMBA ILAHI.♥
Popular Posts
-
BismiLlaahirRahmaanirRahii m. Assalaamu'alaykum WarahmatuLlaahi Wabarakaatuh. Mensyukuri semua yang telah diberikan oleh A...
-
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu...
-
Di saat aku ditimpa ujian ...... Aku keseorangan tanpa sesiapa disisi... Melainkan ALLAH yang sentiasa menemani.. Aku tahu ALLAH ...
-
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Bissmillahirrahmanirrahiim Diriwayatkan dari Abbas bin Abdul Muthalib RA, ia ber...
-
Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turu...
-
Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata ...
-
Ya ALAH, kuatkan diriku ketika sedih dan susah tabahkan diriku disaat letih dan lelah lindungi aku pabila ku tak mampu bertahan berikan ...
-
saya ada satu cerita yang nak dikongsikan pada rakan2...silakan membaca...Dia seorang wanita yang dikenali seorang yang kuat kuat ibadah, ...
-
Semasa mereka sibuk mengejar syahid, (ganjaran cash dr Allah kalo nak masuk syurga terus direct) remaja sini sibuk fikir macama...


Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi...


