BismiLlaahirRahmaanirRahii m.
Assalaamu'alaykum WarahmatuLlaahi Wabarakaatuh.
Mensyukuri semua yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
Hidup adalah perjuangan, hidup ada pilihan, hidup adalah anugerah dan
lain-lain.Tapi sayang, kadang kita hanya mensyukuri nikmat dan rezekiNya
sahaja padahal musibah dan bencana juga harus atau perlu
disyukuri....Kenapa? Kerana dengan bencana dan musibah kita akan menjadi
semakin tahu, sabar dan tegar di dalam menjalani hidup ini. Jika
sekarang kita dihadapkan dengan suatu masalah yang rumit, maka apa yang
harus kita lakukan?..Yang harus kita lakukan adalah selalu yakin dan
percaya bahawa semua yang kita hadapi sekarang pasti ada hujungnya.Allah
s.w.t. berfirman"Aku tidak akan memberikan beban kepada umat-Ku
melebihi batas kemampuan umat tersebut ".Jadi percaya dan yakinlah,
kalau sekarang ini kita dihadapkan kepada suatu masalah yang rumit,
Insya Allah, kita pasti akan mampu keluar daripada masalah tersebut dan
mendapat solusi dengan hasil yang baik.
② Ingat mati
Belajarlah hidup seperti arus air yang mengalir di sungai, selalu ke
bawah dan mencari tempat yang lebih rendah kerana setiap langkah-langkah
kaki kita dan setiap hembusan nafas kita di dunia ini pasti akan ada
penghujungnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman , setiap yang hidup
atau bernafas pasti akan mati.
③ Cari sesuatu yang baru
Carilah sesuatu atau hal-hal yang baru, misalnya melalui membaca buku,
browsing internet, membaca majalah, berjalan-jalan ke tempat-tempat baru
dan sebagainya.
④ Memaafkan dan Meminta maaf
Manusia
tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan sering terlupa.Orang
yang baik bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi
orang yang baik adalah orang yang mahu mengaku kesalahannya dan
memperbaikinya.
⑤ Belajar menerima kekurangan diri
Jika kita diminta untuk menerima kelebihan, maka itu adalah suatu hal
yang mudah dilakukan. Tapi bayangkan jika kita diminta untuk merima
kekurangan , maka itu adalah suatu hal yang sukar untuk dilakukan.
Padahal setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing,
ada yang sama dan ada yang berbeza.
⑥ Pandanglah ke hadapan
Setiap kita tentunya punya impian, cita-cita dan harapan. Tapi kadang
apa yang kita alami sekarang ini tidak sesuai dengan apa yang kita
rencanakan, lalu apa yang harus kita lakukan jika impian, cita-cita dan
harapan itu tidak menjadi nyata? Yang harus kita lakukan ialah teruslah
dan tetaplah memandang ke hadapan sambil memperbetulkan
kesalahan-kesalahan yang membuatkan kita gagal. Samalah jika kita sedang
meniti tangga, janganlah melihat ke bawah. Tetapi jika sudah sampai ke
puncak, maka yang harus kita lakukan adalah melihat ke bawah..Kenapa?
Kerana dengan melihat ke bawah, akan menjauhkan kita daripada sifat
sombong.
⑦ Berserah kepada-Nya
Allah s.w.t menciptakan
kita untuk saling mengenal, untuk saling tolong-menolong di dalam
kebaikan, dan Allah s.w.t. menciptakan kita berpasang-pasangan. Tapi ada
masanya kita merasa semuanya pergi menjauh ketika kita dilanda dengan
masalah. Teman-teman kita pergi, keluarga kita tidak peduli dan
sebagainya.Padahal kita sangat mengharapkan adanya bantuan dan sokongan
daripada mereka-mereka yang hampir dengan kita ketika kita sedang
dilanda dengan masalah. Namun apa yang kita inginkan tidak seperti yang
kita harapkan. Lalu apa yang harus kita lakukan adalah menyerahkan
semuanya kepada Allah. Kenapa? Kerana jodoh, hidup, mati, rezeki dan
segalanya adalah atas ketentuanNya. Walaupun teman-teman kita tidak
bersama di saat kita susah, keluarga kita tidak peduli tapi yakinlah
bahawa Allah s.w.t selalu bersama kita. Jika kita sendiri, maka yang
kedua itu adalah Allah s.w.t. Justeru, jadilah sahabat yang baik untuk
dirimu sendiri, untuk teman-temanmu, untuk keluargamu dan untuk yang
lain.
⑧ Jangan mencintai seseorang kerana suatu alasan
Jika kita punya kekasih dan orang-orang yang menyayangi kita atau kita
sayangi apakah kita tahu untuk apa dan kerana apa kita mencintai mereka
semua? Kalau jawapan kita adalah “aku mencintainya kerana kecantikannya /
ketampanannya / hartanya, dan lain-lain.” Maka itu bukan suatu jawapan,
tapi itu adalah hitung-hitungan, padahal cinta yang baik tak pernah
mengajarkan hitung-menghitung. Jika kita mencintai seseorang, maka
cintailah kerana agamanya, jangan kerana hartanya atau rupanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang wanita dinikahi kerana 4 hal,
iaitu: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan
kerana agamanya. Maka carilah wanita-wanita yang beragama, niscaya kamu
beruntung.”
⑨ Belajar berdisplin
Salah satu cara
untuk membuat kita disiplin adalah dengan membuat catatan kecil .
Kadangkala kita sering terlupa di waktu pagi dengan rencana-rencana yang
sudah kita susun di waktu malam hari. Padahal seharusnya
rencana-rencana itu harus direalisasikan sebelum berganti hari. Nah,
solusi yang sederhana adalah dengan membuat catatan kecil itu, agar
semuanya berjalan sesuai rencana.
⑩ Belajar menerima
Ketika kita gagal, maka mungkin kita akan berkata: “Kali ini waktu tidak
berpihak kepadaku”.Sesungguhnya kenyataan yang tidak sesuai dengan
rencana memang pahit dan begitu sulit untuk diterima, namun kita harus
menerimanya dengan lapang dada, mengambil hikmah dan selalu optimis.Ini
kerana yang di bawah tidak selamanya berada di bawah, dan yang di atas
tidak selamanya berada dia atas.Begitulah roda kehidupan berputar,
kadang-kadang di atas, dan ada masanya di bawah.
Assalaamu'alaykum WarahmatuLlaahi Wabarakaatuh.
Mensyukuri semua yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.
Hidup adalah perjuangan, hidup ada pilihan, hidup adalah anugerah dan lain-lain.Tapi sayang, kadang kita hanya mensyukuri nikmat dan rezekiNya sahaja padahal musibah dan bencana juga harus atau perlu disyukuri....Kenapa? Kerana dengan bencana dan musibah kita akan menjadi semakin tahu, sabar dan tegar di dalam menjalani hidup ini. Jika sekarang kita dihadapkan dengan suatu masalah yang rumit, maka apa yang harus kita lakukan?..Yang harus kita lakukan adalah selalu yakin dan percaya bahawa semua yang kita hadapi sekarang pasti ada hujungnya.Allah s.w.t. berfirman"Aku tidak akan memberikan beban kepada umat-Ku melebihi batas kemampuan umat tersebut ".Jadi percaya dan yakinlah, kalau sekarang ini kita dihadapkan kepada suatu masalah yang rumit, Insya Allah, kita pasti akan mampu keluar daripada masalah tersebut dan mendapat solusi dengan hasil yang baik.
② Ingat mati
Belajarlah hidup seperti arus air yang mengalir di sungai, selalu ke bawah dan mencari tempat yang lebih rendah kerana setiap langkah-langkah kaki kita dan setiap hembusan nafas kita di dunia ini pasti akan ada penghujungnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman , setiap yang hidup atau bernafas pasti akan mati.
③ Cari sesuatu yang baru
Carilah sesuatu atau hal-hal yang baru, misalnya melalui membaca buku, browsing internet, membaca majalah, berjalan-jalan ke tempat-tempat baru dan sebagainya.
④ Memaafkan dan Meminta maaf
Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan sering terlupa.Orang yang baik bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi orang yang baik adalah orang yang mahu mengaku kesalahannya dan memperbaikinya.
⑤ Belajar menerima kekurangan diri
Jika kita diminta untuk menerima kelebihan, maka itu adalah suatu hal yang mudah dilakukan. Tapi bayangkan jika kita diminta untuk merima kekurangan , maka itu adalah suatu hal yang sukar untuk dilakukan. Padahal setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing, ada yang sama dan ada yang berbeza.
⑥ Pandanglah ke hadapan
Setiap kita tentunya punya impian, cita-cita dan harapan. Tapi kadang apa yang kita alami sekarang ini tidak sesuai dengan apa yang kita rencanakan, lalu apa yang harus kita lakukan jika impian, cita-cita dan harapan itu tidak menjadi nyata? Yang harus kita lakukan ialah teruslah dan tetaplah memandang ke hadapan sambil memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang membuatkan kita gagal. Samalah jika kita sedang meniti tangga, janganlah melihat ke bawah. Tetapi jika sudah sampai ke puncak, maka yang harus kita lakukan adalah melihat ke bawah..Kenapa? Kerana dengan melihat ke bawah, akan menjauhkan kita daripada sifat sombong.
⑦ Berserah kepada-Nya
Allah s.w.t menciptakan kita untuk saling mengenal, untuk saling tolong-menolong di dalam kebaikan, dan Allah s.w.t. menciptakan kita berpasang-pasangan. Tapi ada masanya kita merasa semuanya pergi menjauh ketika kita dilanda dengan masalah. Teman-teman kita pergi, keluarga kita tidak peduli dan sebagainya.Padahal kita sangat mengharapkan adanya bantuan dan sokongan daripada mereka-mereka yang hampir dengan kita ketika kita sedang dilanda dengan masalah. Namun apa yang kita inginkan tidak seperti yang kita harapkan. Lalu apa yang harus kita lakukan adalah menyerahkan semuanya kepada Allah. Kenapa? Kerana jodoh, hidup, mati, rezeki dan segalanya adalah atas ketentuanNya. Walaupun teman-teman kita tidak bersama di saat kita susah, keluarga kita tidak peduli tapi yakinlah bahawa Allah s.w.t selalu bersama kita. Jika kita sendiri, maka yang kedua itu adalah Allah s.w.t. Justeru, jadilah sahabat yang baik untuk dirimu sendiri, untuk teman-temanmu, untuk keluargamu dan untuk yang lain.
⑧ Jangan mencintai seseorang kerana suatu alasan
Jika kita punya kekasih dan orang-orang yang menyayangi kita atau kita sayangi apakah kita tahu untuk apa dan kerana apa kita mencintai mereka semua? Kalau jawapan kita adalah “aku mencintainya kerana kecantikannya / ketampanannya / hartanya, dan lain-lain.” Maka itu bukan suatu jawapan, tapi itu adalah hitung-hitungan, padahal cinta yang baik tak pernah mengajarkan hitung-menghitung. Jika kita mencintai seseorang, maka cintailah kerana agamanya, jangan kerana hartanya atau rupanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang wanita dinikahi kerana 4 hal, iaitu: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka carilah wanita-wanita yang beragama, niscaya kamu beruntung.”
⑨ Belajar berdisplin
Salah satu cara untuk membuat kita disiplin adalah dengan membuat catatan kecil . Kadangkala kita sering terlupa di waktu pagi dengan rencana-rencana yang sudah kita susun di waktu malam hari. Padahal seharusnya rencana-rencana itu harus direalisasikan sebelum berganti hari. Nah, solusi yang sederhana adalah dengan membuat catatan kecil itu, agar semuanya berjalan sesuai rencana.
⑩ Belajar menerima
Ketika kita gagal, maka mungkin kita akan berkata: “Kali ini waktu tidak berpihak kepadaku”.Sesungguhnya kenyataan yang tidak sesuai dengan rencana memang pahit dan begitu sulit untuk diterima, namun kita harus menerimanya dengan lapang dada, mengambil hikmah dan selalu optimis.Ini kerana yang di bawah tidak selamanya berada di bawah, dan yang di atas tidak selamanya berada dia atas.Begitulah roda kehidupan berputar, kadang-kadang di atas, dan ada masanya di bawah.

No comments:
Post a Comment