Friday, 22 November 2013

Patient aku

SubhanaAllah . . Agak termagu bila setiap hari aku mendengar salah seorang patient china menyebut "لا اله الا الله محمد رسول الله" .
Hampir setiap hari.
Kadang2 bila uncle tu nak buat sesuatu dia akan sebut " ‎بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم "
Pada awalnya aku tak perasan sangat. .Tapi bila sahabat2ku kecoh dok bicarakan uncle tu baru aku faham.Rupanya betul la andaian aku.Terkilan juga la sebelum ni aku tak alert dengan uncle tu.huhu

Ana:uncle saya mau tanya tapi uncle jangan marah ye..

Uncle: belum tanya macamna boleh sy marah..Tanya sajalah.

Ana: Uncle suka islam ke?kdg2 sy ada dengar uncle ada cakap la ilaha illallah.Saya salah dengar ke uncle?

Uncle :Itu ada betul la..saya ada cakap..aiyaa sebenarnya saya suka islam.Saya mau masuk islam tapi nyonya tu marah.

Ana:nyonya?Apakah?Mungkin isterinya kot (dalam lamunan)

Dengan tak sengaja perbualan singkat ini terputus apabila isterinya sampai..Tak semena2 suasana diam seketika.Sebab masa isterinya sampai uncle terus senyap.Membisu bagai tak ada apa2 yg berlaku. .At the same time juga sahabat aku panggil untuk bantunya off i/o chart . .Arghh rasa terkilan pula rasanya tak sempat borak lama. . .Tak salah aku petang tadi mungkin uncle tu akan discharge if takda apa2 procedure yg perlu dibuat. . .
Uncle ni sporting ,setiap hari senyum je kerjanya..Dia akan tersenyum lebar bila usai kami change pampers dia.Maybe tanda ucap terima kasih kot . .hehe. . .
Continue . . . . . . .

Saturday, 24 August 2013

Berusahalah untuk kenal DIA pemilik kehidupan kita..Its better late than never buddies!change for our akhirat,living here for the hereafter..
 
"Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya).Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan"- Al-Anbiyaa':35
 

Friday, 23 August 2013

Hanya Seminit...

Kita tahu dosa pahala..

Kita tahu halal haram..

Kita tahu wajib,sunat,makruh,harus..

Tapi kenapa kadangkala kita tidak kisah..

Tak kisah bila kesalahan itu tetap salah..

Tak kisah orang peduli apa..

Malah lebih bangga buat kesilapan..

Bila ditegur membantah..

Bila ditegur dikata bajek baik...

Kenyataannya niat bukan untuk tunjuk alim..

Malah tunjuk pandai..

Kenyataannya hanya menasihati....

Marah,nasihat tanda sayang...

Tanda kita peduli pada sahabat..

Tapi kenapa disalah ertikan..

Diabai dan dinafikan...

Alahaaaaiiiii.....


Tuesday, 30 July 2013

Penantian tanpa henti

Penantian...dan penantian... Kesudahan bukan di tangan yang menanti dan dinanti. Allah jualah yang decide takdir yang pasti...inshaa ALLAH... :)

Saturday, 6 July 2013

wajib baca

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

:)

Sunday, 30 June 2013

Terbaikk !!

# Fatih Seferagić.. :)

Seorang Al-Hafiz muda berbangsa Bosnia, dilahirkan di Jerman, dan menetap di Texas, USA. Fatih merupakan seorang guru Al-Quran di sana. Dan dia baru berumur 17 tahun!!!








Dialah pemuda itu. Hafiz Qur’an, bersuara indah..
Masyaallah..Tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukan menjadi alasan baginya untuk tidak menghafal Al-Quran.Pada usia 4 tahun,dia berpindah ke AS, tinggal di Arizona selama 3-4 tahun sebelum menetap di Baltimore, Maryland selama 7 tahun dimana dia mula menghafal Al-Quran.

Dia mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menghafal 30 juzuk Al-Quran dalam 3 tahun alias menjadi hafiz pada usia 12 tahun! Dia melatih hafalannya itu di bawah bimbingan Syekh Qari Zahid dan Qari Abid. Sekarang sambil sekolah, dia juga mengajar Al Quran dan menjadi ketua remaja masjid Sheikh Yasir Birjas di Dallas, Texas.

Cuba cari Fatih Seferagic di youtube dan facebook. Dengarkan bacaan beliau semasa menjadi imam solat Terawih dan dengarkan lagu nasyid Ghuraba yang dialunkan olehnya, sungguhhhh merdu!! SUBHANALLAH...

Copyright 2010 Anaara Media LLC.

Thursday, 27 June 2013

"Kini Aku Mengerti"

Susah diungkap dengan kata2..
            Mahupun diungkap dengan perbuatan..
Tapi aku yakin disebaliknya mempunyai banyak maksud tersurat..
           "Kini aku mengerti" merupakan ungkapan yang aku sendiri pun tak faham..
            
Kini aku mengerti..
           Kehidupan itu merupakan pengembaraan..
Yang ada permulaan dan ada pengakhirannya...
            Tidak kira berapa banyaknya cabaran yang mendatang..
Kehidupan perlu diteruskan..
             Sampai ke akhirnya....
Alhamdulillah ana dapat segala persoalan yang selama ni...
             Ntahla siapa yang menjawabnya...
Betapa menyesalnya aku..
             Selalu mengangap Allah itu  jauh dariku..
Menemaniku menjalani kehidupan ini...
             Ampunkan ku ya ALLAH..
Kerana pernh hilang keimanan terhadap mu..
             Inilah aku sekarang...

#KEHIDUPAN adalah pengembaraan yang perlu diselesaikan...

Tuesday, 25 June 2013


dalam memberi kita juga harus menerima,

#kita selalu menasihati orang, berpesan pada orang lain,
tapi bila orang nasihatkan kita,
kenapa kita asyik nak melenting...

tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini...
jaga diri, jaga hati,
jadilah hamba yang sentiasa terbuka hati....

#semoga dipermudahkan semuanya....

“Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.”

Dalam perjalanan hidup, kita akan temui banyak keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan dan air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi lebih baik.

Friday, 21 June 2013

Ya, esok pasti ada.
Tapi esok mungkin milik orang lain,
belum tentu esok milik kita.

:')

Thursday, 20 June 2013

Pandangan kau amat sinis...

Pandangan kau aku budak-budak2..
Pandangan kau aku tak matang..
Pandangan kau aku ada ego yang tinggi..
Pandangan kau aku kurang menarik..
Pandangan kau aku kurang baik..
Pandangan kau aku pura2 alim..
Pandangan kau aku mengada-ngada..
Pandangan kau aku tak waras..
Pandangan kau aku sentiasa tak yakin..
Pandangan kau aku hipokrit..
Pandangan kau aku penipu..
Pandangan kau aku tak menjaga iktilat..
Pandangan kau aku penakot..
Pandangan kau aku tak serius..
Pandangan kau aku bodoh..
Pandangan kau aku keji....

#Aku hanya mengutamakan pandangan Allah..Kerana hanya Allah yang mengetahui segala2nya..Sedangkan kau tidak mengetahuinya..
haaa amik ni ! huuu

Sunday, 16 June 2013

Alhamdulillah akhir2 ni banyak sangat berita gembira.Betul cakap orang.Disetiap kepahitan yang Allah bagi pasti Allah selitkan kemanisan..Alhamdulillah..Rabbi yassir wala tu'asir..Ya Allah permudahkan segala urusan ku...

Tuesday, 4 June 2013

Cukup2 sudah

Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab.

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.,...


#nukilan dari seorang shbat di fb..aku sokong dgn ayat2nya..so fkir2 lah mana yang terbaik :)

Layan..

kadang2 tak semua hari yang kita lalui merupakan kegembiraan buat kita.Layanlah sesiapa pun disekelilingmu seperti kita tiada masalah..
#RenunganDiri
hidup tidak selalunya indah..
bahkan langit pun tidak selalunya cerah..
mengapa perlu kita menginginkan kesenangan sentiasa...sedangkan kepahitan apabila dititiskan kemanisan akan mwncetuskan kenikmatan hidup yang sungguh bermakna...

Saturday, 18 May 2013

 "Kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal."




#Allah ada rancangan lain...inshaa ALLAH....bersangka baiklah pada ALLAH..ada hikmahnya..Alhamdulillah :)

Sunday, 31 March 2013

i need ALLAH ...




ALLAH mengizinkan kita disakiti, agar esok kite tahu cara untuk mengubati orang yang terluka. ALLAH membuatkan kita menangis,
agar esok kite mampu menghiburkan orang yang bersedih.

ALLAH menjadikan kite manusia dengan kelemahan dan kelebihan, agar kite sedar dan tahu bahawa dengan BERDOA DAN BERUSAHA,

ALLAH akan menjadikan segalanya indah pada waktunya...


#Hasbunallah wani'mal wakil :')

Friday, 15 February 2013

Sendiri boleh menilai

Orang kata tak baik sombong2 nanti tak ada kawan nak kawan..Tapi rasanya sombong itu perlu..ehh kenapa pula perlu ya?Tak rasa rugi ke kalau sombong?Sombong itu perlu..dalam erti lain sombong bertempat..

Perwatakan dan cara pemakaian kita melambangkan akhlak kita..Setiap tingkah laku kita diperhatikan oleh orang sekeliling.Jika buruk yang kita tonton kan akan jadi bahan bacaan mereka.Dan jika baik akhlak kita akan jadi ikutan bagi mereka..Sendiri boleh menilai ...

Hawa:Assalamu'alaikum..awak ni siapa?kenapa add saya?

Adam:wa'alaikumsalam wrh wbt..saya mohd adam.Allah gerakkan hati saya untk add..tambah kenalan..

Hawa:(tersipu2 malu)belajar lagi ke?

Adam:iya saya belajar lagi..

Hawa:Belajar kat mana?Umur berapa?tak apa ke saya gangu awak?

Adam:kat /#%$^&)@#...Umur 22..ohh tak apa..Makwe saya sporthing..

Hawa:ouh amik bidang sains rupanya.saya ingatkan amik bidang ustaz tadi..hehe.. Tapi dah macam ustaz saya tgok.Sejuk mata memandang bila tgok picture2 awak.hehe.

Adam:amik bidang apa2 jua keadaan pun boleh.Yang peting ilmu agama perlu diterapkan dalam kehidupan..hehe..


Perbualan tersebut bertali arus hingga ke malam..Dari tak kenal terus kenal2lan..Dari tak biasa terus jadi terbiasa..Ni bukan sombong namanya.Terlebih peramah..heuu...tolonglah jual mahal sikit tak boleh ke?Tanya dan jawab perkara-perkara yang penting boleh kan?Tak elok la macam ni tiada batasan..cuba jawab pertayaan mereka2 yang gedik2 santai macam ni "maaf..soalan tu saya tak dapat jawab..maaf.."..ulang perkataan MAAF biarpun dia terasa dipersendakan..Sombong kt mereka tak apa asalkan jangan sombong dengan si dia yang bergelar suami atau isteri..Sweet kan..hee..

*Dialog tersebut kaitan dengan sesiapa antara hidup atau mati.. Rekaan semata2..

  Haa ni komen dari  Ustaz Azhar Idrus..Boleh kan jawab dalam hati tak perlu lah peramah dan rajin sangat jawab salam tu..Cukuplah sekadar dalam hati..Tak dosa pun kalu tak reply salam tu..err..Renung2kan dan selamat beramal..Anda mampu mengubahnya.."selami jiwa...selami akal...selami lautan dalam"..Sendiri boleh menilai.. :)

Thursday, 14 February 2013

Aku Mencari..dan Mencari..

Di saat terleka dengan dunia, aku merasakan tiada jalan pulang kembali. Aku merasakan bahawa tiada sesiapa yang bisa membantu aku. Aku sesat! Hilang tujuan. Tujuan aku hidup di dunia ini terasa kosong. Aku mahu kembali!

Tetapi... kembali di mana? Aku terlihat cahaya itu. Aku ingin mengikutinya. Namun aku tidak kuat. Ada saja dugaan menimpa. Tapi aneh, samakin banyak dugaan, semakin aku ingin dekat dengan cahaya itu.

Lalu aku berjaya memperoleh cahaya itu. Hatiku riang, aku kembali menemukan jalan pulang, pulang kepadaNya. Ya Allah, terima kasih atas cahaya itu untuk membawaku ke pangkal jalan. Akan kuteruskan perjuangan ini biar sampai nafasku yang terakhir :')
Ya Allah,teguhkan IMANKU ini..
     
           Kerana ini akan menjadi KEKUATAN ketika bertemu denganMu...

Jadikan aku wanita solehah walaupun aku tahu "SOLEHAH" itu masih belum layak buatku.. :') Aamiin

Monday, 11 February 2013

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:





1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

# By Ustaz Hanz

Saturday, 2 February 2013

Ya ALAH,
kuatkan diriku ketika sedih dan susah
tabahkan diriku disaat letih dan lelah
lindungi aku pabila ku tak mampu bertahan
berikan aku petunjuk untuk membezakan kebaikan dan keburukan
ketika aku memerlukan jalan penyelesaian
berikan aku kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan
ketika aku hanyut memburu anganku
berikan aku pedoman untuk mengecap ketenangan
ketika aku dilambung ombak keresahan
jadikan aku manusia yang semakin tabah


# Tenangkan la jiwaku & berkati lah hidupku ni. Semoga segala2nya dipermudahkan..Aamiin..
ALLAH meletakkan kita dalam kemaksiatan kekadang untuk menaikkan darjat kita untuk menjadi lebih baik selepas itu, adakala kemaksiatan itu buat kita menjadi lebih sesat dan menjadi bertambah hina...

mungkin kita sekarang tergolong dari golongan yang baik-baik dan kita juga boleh bertukar menjadi lagha di masa hadapan, dan mungkin kita lagha di masa sekarang kita boleh menjadi orang yang paling soleh dimasa hadapan...

jangan pernah kita memandang hina kepada kawan-kawan yg kita lagha dimasa sekarang, doakan perubahan mereka dengan kasih sayang, bukan mengingatkan dengan cara kasar dan penuh kesombongan seumpama diri tidak pernah berbuat dosa dan bakal tidak berdosa dimasa depan...

ingatlah kita tidak pernah tahu tahap taubat seseorang , mungkin dosa besar yang kita lihat pada orang lain sudah terampun dengan taubatnya, dosa sendiri tak pernah terlihat, disebabkan hijab dosa-dosa pada diri...

Ya ALLAH Ampunkan dosa kami semua :'( Muhasabah diri..
Di saat aku ditimpa ujian ......
   Aku keseorangan tanpa sesiapa disisi...
Melainkan ALLAH yang sentiasa menemani..
   Aku tahu ALLAH tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya...
Dan aku tahu ALLAH uji kita tanda Dia sayang kita..
  Saat aku terjatuh aku cuba bangkit..
Bangkit untuk tegar meneruskan kehidupan...
   Sebab aku tahu bila aku dalam kesusahan ALLAH pasti ada untuk aku...
Buktinya hingga kini aku still wujud still lagi boleh teruskan kehidupan aku..
   Hadapi lah ujian dengan 3K(Kesenyuman,kesabaran dan ketabahan)
Setiap masalah ada penyelesaiannya..
  
  .


Friday, 1 February 2013

Kita berjumpa ALLAH yang pertemukan...
    Kelak kita berpisah ALLAH jua yang menentukan... :)

Sunday, 27 January 2013

Bila disebut jek atau ditanya apa itu iman apa yang boleh kita fahamkan?Apa yang boleh kita bayangkan?Carik google ya apa maksudnya iman..haha... Iman adalah suatu perkara yang sangat penting yang tak ternilai harganya..Sebab tu syaitan sentiasa ingin mencuri iman manusia..Syaitan takkan curi handphone mahal kita,dia juga tidak mencuri kereta mewah kita....Sebab apa?sebab syaitan tahu yang paling berharga adalah iman kita bukan harta kekayaan kita.bukan apa yang kita miliki..

   Kelemahan manusia satu je iaitu iman..andai goyah nya iman ,syaitan mengambil kesempatan.Dia watak utama merangkap director memainkan peranan penting.Hebatkan syaitan?kita ada?takda kan..

   Jangan salahkan syaitan tatkala dia menguasai kita tapi cermin diri kita,..Lihat diri kita apa kelemahan kita..Semuanya berpunca dari diri..Nak tahu kenapa?Cuba kita resfresh sepanjang harini apa saja yang kita buat?Aktiviti atau pengisian apa saja yang kita penuhi dalam kehidupan sehari2..Takpayah sehari2 la...Tengok dalam satu hari ini apa je yang kita buat?

    Pernah tak kita rasa hidup kita kosong ?Walaupun kita sibuk dengan keluar dengan rakan2.,,,bersuka ria,,karoeke,tegok wayang...Setelah penat kita mngisi ruang dan waktu cuba kita fikir apa yang kita dapa?Manfaat apa yang kita peroleh?Happy atau seronok?Dan cuba kita resfresh balik dan check list hari ni apa saja dosa yang aku telah buat?Harini sudah berapa kali kita menyakiti orang ?Dan harini dah berapa kali kita mengigati ALLAH?
   
     Renung2kan..Adakah kita mengisi masa yang ada dengan perkara2 berfaedah dan bermanfaat?End the story ,jom kita check iman kita,muhasabah diri..Iman mula goyang tatkala amalan kita semankin berkurang..Be careful...


  

Saturday, 26 January 2013

:)

     Semalam dan hari agak letih...Semalam tidur hanya 3jam saje..Berborak2 kt surau kolej tak perasan jam dah mnunjuk kan pkul sebelas..Walhal kami dah tahu kena bgun kul 1 untuk persiapkan diri menunggu bas untuk ke Masjid putra,putrajaya bg program istigasah al-kubra ..Haha..Tapi apa kan  daya semua muslimah tidur tak nyeyak...Tutup saja mata tapi tk boleh tidur..huhu..

    Setibanya di sana...Kami mendaftarkan diri di kaunter dan segera bergegas ke toilet untuk ambil wudhuk.Tapi sayangnya tidak ramai yang join program tu..Tidak sampai suku masjid yang memenuhi ruang..Takpalah bukan kuantiti yg kita mahu tapi kualiti..Semoga kami dapat keberkatannya..

     Jemaah diberikan tatacara program berlangsung...Kami solat sunat tahajjud 8 rakaat,solat hajat 2 rakaat dan solat sunat witir 3 rakaat...Selepas sahaja solat fadhu subuh kami berarak ke dataran untuk ber istighasah...Allahu Rabbi betapa merdunya alunan zikir yang dilagu kan...


   Selepas selesai majlis ,kami dibekalkan makan dan seterusnya bersurai..Tidak ckup selepas untuk,seperti biasa setiap tanggungjawab aku mngaji di sungai serai yang dipimpin oleh ustaz Din..Seperti hari kebiasaan nya ustaz akan mngambil kami di hostel masing2...Alhamdulillah..so,takda lah alasan untuk MC ngaji...

   Adik2 yang hadir seperti terkejut melihatku..Boleh dikatakan seperti orang baru masuk. Salah seorang adik bertanya kepada kak baishirah"akak,siapa yang sebelah akak ni?" Baru saja aku ingin menjawab ,sahabatnya mencelah "Siapa ni,,siapa ni..kenal ke?" katanya...Haha..Aku menjadi persoalan dan mereka tertanya2 wanita misteri itu.Aku kaku..tak tahu nak jawab apa..Aku hanya mampu senyum..ok senyum...Tapi mereka tak nampak senyuman yang aku pancar kan..ya...Aku ingin istiqamah tapi terasa diri masih tak layak..masih layak banyak dosa dan kekurangan diri..Rasa terhina..Pada masa yang sama ,ada pihak yang bertentang dengan keputusan aku..

      Aku mulai bangkit dan memberani kan diri selepas aku minta advice dan pendapat pada ustaz Din ..Katanya..."Buat apa nak takut kalau kita buat kebaikan,memang ada yang tak sefahaman dengan kita tapi kita boleh slow talk,tunjukkan akhlak yang baik terhadapnya..Inshaa ALLAH dia sendiri akan akur terhadap keputusan kita" ..itu salah satu potongan ayat yan ustaz beri...Inshaa ALLAH..Semoga aku kuat dan bangkit untuk menerima segala cumuhan dan sindiran yang diberikan oleh mereka2 ..

Wednesday, 23 January 2013

I WANT TO BE BETTER MUSLIM

Now,ubah diri..Perbaruhi niat..tingkatkan iman...Buang sifat2 lama..Buat azam baru...Anda mampu mengubahnya...Andai niat kita baik pasti ALLAH akan permudahkan..inshaa ALLAH...tanamkan dalam "I WANT TO BE A BETTER MUSLIMM !! " buat hanya azam dalam hati saja tapi usaha tu perlu ada.. chaiyok2... Semoga semuanya dipermudahkan... Aamiin..

Take note

Pesanan buat  saya ,dia,awak,kamu,korang dan semua..Ingat !! solat jangan lupa..Jaga iman.jaga hati,,jaga pandangan.. KATAKAN TIDAK KEPADA FACEBOOK..tak salah kan tinggalkan facebook kerana solat..yang salahnya tinggalkan solat kerana facebook..pesanan untuk diri juga.. :)

Tuesday, 8 January 2013

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi kenapa banyak dugaan,
kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang timbul,
kadang-kadang kita minta bahagia tapi hura-hara pula datang…
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru-hara menjadikan kita tabah…
Hebat kan Allah…semua ada hikmah…
Kalaulah manusia tahu hadis ini:
“Telah berkata Jibril: Wahai Tuhan, kau sampaikanlah hajat hambamu, maka Allah menjawab: Biarkan hambaku itu, kerana aku mencintai suaranya(doanya) -Diriwayatkan oleh Anas bin Malik
Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan.
Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?
POST ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong,
yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan.
Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati... T_____T

Ayu nya wanita

Ayu nya wanita
(◠‿◠✿ Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita kerana keteguhan imannya.

Cukuplah ALLAH bagiku..

Cukuplah ALLAH bagiku..
Bukan menolak CINTA adam tapi dalam proses mencari CINTA ILAHI..Kalau saya GAGAL dalam mencari CINTA ILAHI..maka tak MUSTAHIL saya juga akan GAGAL dalam menCINTAI dia yakni HAMBA ILAHI.♥

Popular Posts

my hamster