Sunday, 29 April 2012

Remaja zaman sekarang


Semasa mereka sibuk mengejar syahid, (ganjaran cash dr Allah kalo nak masuk syurga terus direct) remaja sini sibuk fikir macamana nak gugur janin. Janin bukti cinta mereka yang suci itu. janin yang tidak berdosa. Mereka disana syahid di tembak, di sembelih dan di bom. itu bermakna dan manis. remaja kita sakit di jolok dengan besi2 tajam, pucuk ubi kayu, menyesal x berguna., Oh, Itu Sungguh Manis. *sinis* (kalo nak tgok betapa SEDAPNYA gugur kan bayi tu jenguk ARTIKEL NIH

Thursday, 26 April 2012

I AM A SERVANT...

Aku seorang hamba...


layakkah aku bersikap angkuh dan sombong dengan kekayaan, kebijaksanaan yang dipinjamkan sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku bersikap meninggi diri dan berasa lebih mulia serta lebih baik sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku berasa marah keatas sesuatu yang bukan milikku, sedangkan aku hanya seorang hamba?

sedarlah wahai diri, kehidupan di dunia bukanlah untuk dibangga-banggakan
kerana diriku hanyalah seorang hamba
harta kekayaan, wang yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai, rumah yang selesa, kereta yang mewah, pangkat yang besar, dan apa sahaja yang dirasakan hak kepunyaan aku
semuanya bukan hak milikku dan tidak layak pun untuk aku memilikinya
hatta diriku sendiri, bukanlah milik sesiapapun
dan juga, bukanlah milikku
kerana...
aku hanyalah seorang hamba
hamba kepada Al-Khaliq, Pencipta bagi alam semesta
Yang Maha Kaya lebih dari yang kaya raya di dunia
Yang Maha Kuat, lebih dari yang paling kuat di dunia
Yang Maha Berkuasa, lebih dari yang paling berkuasa di dunia
ALLAH swt

Astaghfirullah!
Istighfarlah wahai diri
Sedarlah wahai diri
Sedarkah wahai diri
Sedarlah wahai diri...

Masa lalu

” Masa lalu merupakan sebuah unggun api, bila anda ingin mempelajarinyan sesuatu darinya. Jika tidak, janganlah membuang waktu dengan merenunginya “

Imam al-ghazali

Yang Besar

 itu nafsu...yang berat itu amanah...yang indah itu solat..yang dekat itu MATI...jangan la menilai bahawa kita akan hidup lame lagi...kita xkan sedari bila maut akan tiba.....mungkin esok,atau lusa atau hari nie??renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

Macam ni la selalunye..

Begitu ramai lelaki

  yang membina badan dengan angkat berat...Namun hanya segelintir yang membina rohani dengan angkat takbir pada ALLAH...subhanaALLAH,...

Saturday, 14 April 2012

Alhamdulillah.......

YA ALLAH...........

  terkadangnya aku kalah... aku rebah... aku tak mampu Namun Bila HATI berjuang kerana Allah Dugaan itu tempat bersinggah, Keperitan di telan sebagai juadah Kejayaan dianggap satu mimpi indah Andai di takdirkan rebah, HATI tetap redha kerana ALLAH. *Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un* Alhamdulillah aku masih mampu melukis kekuatan... Alhamdulillah aku masih mampu melakar senyuman di saat tertekan... Alhamdulillah aku masih mampu tertawa di saat hati sedang menangis... Alhamdulillah aku masih ada nafas ........ Alhamdulillah aku masih tetap HATI ini mengakui “ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Aamiin.

Tuesday, 10 April 2012

Erti Kehidupan

apA yAnG kU hArApkAn...........

tak selalu sama dengan yang terbayangkan
setiap pijakan yang ku hentakan seakan memberiku berjuta harapan
melambungkanku tinggi keatas awan
seakan telah terlihat 1 titik cahaya terang
tapi…………..
tiba – tiba ku terhempas jauh dari ketinggian
terjatuh kedalam jurang kenyataan letih lelah membaur dalam kenyataan
namun…
di balik itu semua mengajarkanku 1 arti kehidupan
yaitu sebuah Ketegaran….
Tuhan bantulah aku dengan semua mimpiku dan luluhkanlah semua egoku…

Saturday, 7 April 2012

Hanya Padamu KU Berserah



BismiLlaahirRahmaanirRahiim.

Assalaamu'alaykum WarahmatuLlaahi Wabarakaatuh.

Mensyukuri semua yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.

Hidup adalah perjuangan, hidup ada pilihan, hidup adalah anugerah dan lain-lain.Tapi sayang, kadang kita hanya mensyukuri nikmat dan rezekiNya sahaja padahal musibah dan bencana juga harus atau perlu disyukuri....Kenapa? Kerana dengan bencana dan musibah kita akan menjadi semakin tahu, sabar dan tegar di dalam menjalani hidup ini. Jika sekarang kita dihadapkan dengan suatu masalah yang rumit, maka apa yang harus kita lakukan?..Yang harus kita lakukan adalah selalu yakin dan percaya bahawa semua yang kita hadapi sekarang pasti ada hujungnya.Allah s.w.t. berfirman"Aku tidak akan memberikan beban kepada umat-Ku melebihi batas kemampuan umat tersebut ".Jadi percaya dan yakinlah, kalau sekarang ini kita dihadapkan kepada suatu masalah yang rumit, Insya Allah, kita pasti akan mampu keluar daripada masalah tersebut dan mendapat solusi dengan hasil yang baik.

② Ingat mati

Belajarlah hidup seperti arus air yang mengalir di sungai, selalu ke bawah dan mencari tempat yang lebih rendah kerana setiap langkah-langkah kaki kita dan setiap hembusan nafas kita di dunia ini pasti akan ada penghujungnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman , setiap yang hidup atau bernafas pasti akan mati.

③ Cari sesuatu yang baru

Carilah sesuatu atau hal-hal yang baru, misalnya melalui membaca buku, browsing internet, membaca majalah, berjalan-jalan ke tempat-tempat baru dan sebagainya.

④ Memaafkan dan Meminta maaf

Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan sering terlupa.Orang yang baik bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi orang yang baik adalah orang yang mahu mengaku kesalahannya dan memperbaikinya.

⑤ Belajar menerima kekurangan diri

Jika kita diminta untuk menerima kelebihan, maka itu adalah suatu hal yang mudah dilakukan. Tapi bayangkan jika kita diminta untuk merima kekurangan , maka itu adalah suatu hal yang sukar untuk dilakukan. Padahal setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing, ada yang sama dan ada yang berbeza.

⑥ Pandanglah ke hadapan

Setiap kita tentunya punya impian, cita-cita dan harapan. Tapi kadang apa yang kita alami sekarang ini tidak sesuai dengan apa yang kita rencanakan, lalu apa yang harus kita lakukan jika impian, cita-cita dan harapan itu tidak menjadi nyata? Yang harus kita lakukan ialah teruslah dan tetaplah memandang ke hadapan sambil memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang membuatkan kita gagal. Samalah jika kita sedang meniti tangga, janganlah melihat ke bawah. Tetapi jika sudah sampai ke puncak, maka yang harus kita lakukan adalah melihat ke bawah..Kenapa? Kerana dengan melihat ke bawah, akan menjauhkan kita daripada sifat sombong.

⑦ Berserah kepada-Nya

Allah s.w.t menciptakan kita untuk saling mengenal, untuk saling tolong-menolong di dalam kebaikan, dan Allah s.w.t. menciptakan kita berpasang-pasangan. Tapi ada masanya kita merasa semuanya pergi menjauh ketika kita dilanda dengan masalah. Teman-teman kita pergi, keluarga kita tidak peduli dan sebagainya.Padahal kita sangat mengharapkan adanya bantuan dan sokongan daripada mereka-mereka yang hampir dengan kita ketika kita sedang dilanda dengan masalah. Namun apa yang kita inginkan tidak seperti yang kita harapkan. Lalu apa yang harus kita lakukan adalah menyerahkan semuanya kepada Allah. Kenapa? Kerana jodoh, hidup, mati, rezeki dan segalanya adalah atas ketentuanNya. Walaupun teman-teman kita tidak bersama di saat kita susah, keluarga kita tidak peduli tapi yakinlah bahawa Allah s.w.t selalu bersama kita. Jika kita sendiri, maka yang kedua itu adalah Allah s.w.t. Justeru, jadilah sahabat yang baik untuk dirimu sendiri, untuk teman-temanmu, untuk keluargamu dan untuk yang lain.

⑧ Jangan mencintai seseorang kerana suatu alasan

Jika kita punya kekasih dan orang-orang yang menyayangi kita atau kita sayangi apakah kita tahu untuk apa dan kerana apa kita mencintai mereka semua? Kalau jawapan kita adalah “aku mencintainya kerana kecantikannya / ketampanannya / hartanya, dan lain-lain.” Maka itu bukan suatu jawapan, tapi itu adalah hitung-hitungan, padahal cinta yang baik tak pernah mengajarkan hitung-menghitung. Jika kita mencintai seseorang, maka cintailah kerana agamanya, jangan kerana hartanya atau rupanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang wanita dinikahi kerana 4 hal, iaitu: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka carilah wanita-wanita yang beragama, niscaya kamu beruntung.”

⑨ Belajar berdisplin


Salah satu cara untuk membuat kita disiplin adalah dengan membuat catatan kecil . Kadangkala kita sering terlupa di waktu pagi dengan rencana-rencana yang sudah kita susun di waktu malam hari. Padahal seharusnya rencana-rencana itu harus direalisasikan sebelum berganti hari. Nah, solusi yang sederhana adalah dengan membuat catatan kecil itu, agar semuanya berjalan sesuai rencana.

⑩ Belajar menerima

Ketika kita gagal, maka mungkin kita akan berkata: “Kali ini waktu tidak berpihak kepadaku”.Sesungguhnya kenyataan yang tidak sesuai dengan rencana memang pahit dan begitu sulit untuk diterima, namun kita harus menerimanya dengan lapang dada, mengambil hikmah dan selalu optimis.Ini kerana yang di bawah tidak selamanya berada di bawah, dan yang di atas tidak selamanya berada dia atas.Begitulah roda kehidupan berputar, kadang-kadang di atas, dan ada masanya di bawah.


“Awak ambik kos pendidikan
Islam...??”
“tak…”
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik

kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya kos economics n
management sciences la…”
“saya ingatkan ustazah tadi…”
Hmmm... soalan-soalan sebegini
selalu diajukan pada mereka
yang bertudung labuh… Asal
tudung labuh je ingat ustazah,
asal pakai tudung labuh je orang
ingat pelajar jurusan agama…
Haishhh… ana bukan ustazah,
bukan juga anak ustaz.. ana
bertudung labuh sebab ana
seorang muslimah!!! Iye betul
biasanya ustazah yang pakai
tudung labuh… Tapi tak salahkan
ana memakai tudung labuh...
Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga
menutupi dada-dada mereka.
" (An-Nur : 31)
Ada juga yang menyangka bila
seseorang itu bertudung labuh,
bermakna alimnya seorang
wanita. Hakikatnya tak semua
yang bertudung labuh sarat
dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
"Dahtu kenapa bertudung
labuh?"
Awak… Islam menyarankan
muslimah untuk bertudung labuh
kerana penuh dengan hikmah. Ia
bukan sekadar menutupi aurat,
tetapi juga melindungi diri.
Tudung itu sendiri bisa mendidik
si pemakainya…
“Eh tudung pun boleh jadi
cikgu???”
Boleh dikatakan begitu… cuba
anta wa anti bayangkan, agak-
agak ada ke wanita bertudung
labuh pergi berpesta, pegi disco?
Ya kalau ada pun cuma segelintir
yang tak tahu malu… Bila
bertudung labuh akan lebih
menjaga akhlak, yela… takkan
yang bertudung labuh nak
terlompat-lompat, terkinja-kinja
tengok konsert, menjerit-jerit
macam kena hysteria… kan kalau
perangai tak jaga, nanti orang
mengata, harap je pakai tudung
labuh tapi perangai… Nauzubillah…
Bila jenjalan kat mana-mana
jarang lelaki yang berani tegur
lebih-lebih, paling tidak pun
mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustazah… tak
jawab dose taw”
Tengok, yang nakal pun tiba-
tiba jadi budak baik. Sudah
menjadi fitrah, lelaki kan tertarik
pada wanita, dengan susuk
tubuhnya yang menggoda, jalan
lenggang-lenggok, apatah lagi
yang lemah imannya. Kadang-
kadang lelaki tertarik mendekati
wanita bertudung labuh kerana
keindahan akhlaknya. Jadi
mereka rasakan mereka perlu
berubah tetapi dalam masa yang
sama mereka ingin mendampingi
wanita yang bertudung labuh
yang mungkin boleh membantu
mereka dengan ilmu yang wanita
itu ada.
“Awak… saya nak berubah jadi
budak baik, boleh tak awak
awak bimbing saya?”
“Kenapa saya”
“Sebab saya tengok awak alim
je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai
tudung labuh???"
Awak lelaki kalau benar-benar
mahu berubah, awak seharusnya
cari yang sama jantina dengan
awak. Kerana itu lebih terjaga
dan jauh dari fitnah. Ramai lagi
lelaki yang jauh lebih alim dari
saya…
Iye walaupun saya bertudung
labuh, tapi belum tentu ilmu
setinggi langit. Bukan saya
kedekut ilmu, sombong. Setakat
ilmu yang ada bolehla kita share
kerana ilmu itu bila saya beri ia
makin bertambah. Saya juga
masih berusaha mencari
sebanyak ilmu yang mungkin.
Kerana hanya dengan ilmu
mampu mengubah seseorang
membawa keluar dari kotak
kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya,
penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu
yang diamalkan, pasti terpancar
nur dari dalam hati. Saya juga
perlu dibimbing dan tudung labuh
ini bukanlah suatu lambang
ketinggian ilmu seseorang. Cuma
saya cuba jadi yang terbaik, apa
yang saya mampu lakukan, saya
kan cuba sedaya upaya
mengamalkannya kerana
indahnya hidup bersyariat.
Dan tak bermakna yang tudung
singkat itu sedikit ilmunya, cuma
mungkin masih belum tergerak
hatinya untuk berubah kepada
yang lebih baik, sama-sama kita
doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D
*Semoga Allah memberikan kita
keimanan yang teguh dalam
menjalani hidup yang penuh
dengan cabaran di akhir zaman
ini. Iman ada naik dan turunnya.
Dan itulah yang kita risaukan,
apa yang terjadi pada kita saat
iman kita lemah.. Nau'zubillah...
*Teruskan berdoa kepada
pencipta kita yang satu, ALLAH
SWT... Sesungguhnya doa itu
senjata Mukmin.


Friday, 6 April 2012

Hukum menonton wayang






Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan?  Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar?  Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?

Jawapan
: Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki.  Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar.  Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.

Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.


Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “
sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram”   Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.

Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah.  Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.


Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan  dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya  yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.


Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya.  Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini.  Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.


Hakikatnya, pada hari ini kaum Muslimin dikelilingi dengan penderitaan dan penindasan dari pelbagai penjuru disebabkan ketiadaan Daulah Khilafah yang memelihara umat.  Sememangnya, seorang Muslim tidak sepatutnya mempunyai waktu yang terluang untuk dihabiskan dengan melayani hiburan yang mubah(dibolehkan), apatah lagi mahu menghabiskan waktunya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah,
Nauzubillah!

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai seorang Muslim yang berfikiran cemerlang, untuk mengajak saudara-saudara seIslam kita, mengerahkan seluruh masa dan tenaga yang ada, untuk sama-sama bekerja keras menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya nasib umat ini akan terbela dan penderitaan umat Islam akan digantikan dengan kegembiraan.  Wallahu ‘alam

sEcEbis inGatAn

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:
Suaminya.
Ayahnya.
Saudara lelakinya.
Anak lelakinya.
Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:

Sahabat

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

Orang yang melihat

Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

Jurufoto

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca

Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing.
Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat.
Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Nauzubillah…Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….

Nota ;sebarkanlah walau sepotong ayat

Kemanisan iman

“Sesungguhnya orang yang beriman itu, apabila disebutkan nama Allah, akan bergetar hati mereka. Apabila dibacakan ayat-ayatnya (Al-Quran), maka akan bertambah keimanannya.”

(Surah Al-Anfal : ayat 2)

Thursday, 5 April 2012

indahnya rancangan ALLAH

sUBhanALLAH Dalam bahagia, kadang-kadang ALLAH SWT menyisipkan SEDIH dan DUKA agar kita tahu bahawa ada hikmah di sebalik titisan air mata. Dalam impian, kadang-kadang ALLAH SWT iringkan HALANGAN dan TIDAK DIMAKBULKAN DOA agar kita mengenal Allah Maha Berkuasa bukannya manusia. Dalam harapan, kadang-kadang ALLAH SWT menyelipkan RESAH dan GELISAH kedalam jiwa agar kita sedar untuk mengiringinya dengan doa segenap pasrah hanya kepadaNya. Dalam perjuangan, kadang-kadang ALLAH SWT meletakkan LELAH dan KALAH agar kita ingat betapa mahalnya harga istiqamah. Lihatlah betapa indahnya rancangan Allah SWT kepada hamba-Nya. Itulah tanda KASIH dan SAYANG ILAHI kepada kita. Subhanallah. :)

Ayu nya wanita

Ayu nya wanita
(◠‿◠✿ Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita kerana keteguhan imannya.

Cukuplah ALLAH bagiku..

Cukuplah ALLAH bagiku..
Bukan menolak CINTA adam tapi dalam proses mencari CINTA ILAHI..Kalau saya GAGAL dalam mencari CINTA ILAHI..maka tak MUSTAHIL saya juga akan GAGAL dalam menCINTAI dia yakni HAMBA ILAHI.♥

Popular Posts

my hamster