Tuesday, 11 December 2012

Tertulis...

"Jangan menyesal kamu meninggalkan masa lalu demi masa hadapan...
Tapi menyesal lah kamu meninggal kan masa depan demi masa lalu."

Bukan ini yang aku mahu tapi inilah yang tertulis..Sedaya upaya aku benci apa yang aku tak suka semankin lain pula apa yang aku rasa..."ALLAH tak beri apa yang kita nak,tapi ALLAH beri apa yang kita perlu.."
ALLAH sebaik-baik nya perancang...Semoga semuanya dipermudahkan...Langkah pertama aku harus memperbaiki diri dan mempersiapkan diri,istiqamah pergi usrah,qiam dan lain2 lagi..Dalam masa yang sama aku juga ada tanggungjawab sendiri iaitu fokus pada pelajaran aku....Cita-cita perlu dicapai...itu matlamat aku...kihkih...sampai sekarang aku masih lagi pegang kata2 seseorang iaitu "Berkawan tak salah .dengan sape2 pun boleh berkawan.cuma wajib jaga batasan sperti yang dituntut dalam islam.Ajal,maut,jodoh,pertemuan semuanya ALLAH yang tentukan,matlamat utama tanggungjawab sebagai hamba nya,kedua, tanggungjawab sebagai seorang anak dan tanggungjawab sebagai pelajar perlu diutamakan.kalau tidak menganggu 3perkara itu maka tak salah lah berkawan dengan sesiapa."

Aku terima nasihat tersebut sebagai nasihat untuk menegur diri aku yang masih lagi kekurangan..Yang masih lagi alpa Pencipta nya... Aku insan biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan...Aku rasa kan aku lah hamba yang paling hina di muka bumi ini...Aku masih lagi merangkak2 ,masih lagi tergapai2 keseorangan...Biarlah hanya merangkak2 aku akan tetap trhadap pendirian aku..Aku perlu fokus terhadap matlamat aku..Ilmu dunia harus didahulukan dan ilmu akhirat perlu diutamakan.Wahai hati,janganlah mudah tertipu dengan kata manis atau bisikan2 yang mampu melalaikan aku,...ya ALLAH permudahkan segala urusan ku...Aamiin ya rabb...

Kawan,Teman dan SAHABAT


"Bukan semua KAWAN adalah TEMAN..
Bukan semua TEMAN adalah SAHABAT.."

Nak carikk KAWAN memang mudah..
Tapi nak carikk SAHABAT memang susah..
Kawan hanya adalah waktu gelak ketawa...
Waktu suka dan ria..tapi dia akan hilang waktu kita memerlukan nya...
Tapi SAHABAT bukan sahaja ada waktu suka dan duka...
Malah dia sanggup berkorban..
Aku merindui SAHABAT bukan KAWAN...Aku perlu kan SAHABAT bukan TEMAN..

(Hanya SAHABAT SEJATI saja benar2 tahu serta memahami tanpa perlu beritahu)

#renung2kanlah...

Friday, 23 November 2012

Be patient


ALLAHu akhbar..kuatkan aku ya ALLAH setiap kali aku ditimpa musibah...

Bangkit kan aku untuk terus tegar dan kuat menghadapi semuanya...

Tabahlah wahai hati...Tabahlah...ALLAH sedang menguji mu,,,Dia uji mu kerana Dia sayang pada kamu..

Tabahlah wahai hati...Tabahlah...ikhlas kan setiap apa yang terjadi...

Ini semua hanya ujian,,,Ujian yang kamu dapat tak sebesar ujian sahabat2 mu di Gaza sekarang..

Bersabarlah..muhasabah diri....

Wednesday, 31 October 2012

Sahabat...

Aku menasihati mu bukan kerana aku tunjuk pandai..

Tapi aku ingin menyelamat dirimu..

Aku mengigati mu bukan kerana aku hebat..

Tapi aku juga manusia biasa yg tk lpas dri kesilapan..

Aku berdiam diri bukan kerana aku mengaku kalah...

Tapi aku mempertahankan persahabatan ini...

Aku sentiasa mengawasi mu bukan kerana aku suka masuk campur urusanmu...

Tapi ingin aku ingin tahu perkembangan dari semasa ke semasa...

Tanpa kau sedar sahabat ...sahabat2 mu amat menyanyangi mu..

Tanpa kau sedar sahabat..sahabat2 mu amat merisaukan diri mu...

Semoga ALLAH membuka pintu hati2 mu wahai sahabat yang dikasihi...percayalah kami sentiasa disisi mu...

Thursday, 25 October 2012

Bakal Cikgu

Bukan dari pakaian atau perwatakkan yang perlu kamu persiapkan..

Tapi iman dan Ilmu agama yang perlu diperbaiki..

Bukan darjat atau harta kekayaan yang perlu dipertingkatkan...

Tapi gelaran Imam untuk makmun mu perlu diperkukuhkan..

Bukan janji2 manis yang ku pinta..

Bukan juga kata merdu yang bersayu2 di ingatan..

Tapi alunan bacaan Quran yang dinanti2...


#semoga diri mu akan terus istiqamah mencari cinta ALLAH... Aamiin..

Allahuakhbar

ALLAH MAHA MENGETAHUI walaupun tiada seorang pun tahu..... :)

Sunday, 16 September 2012

bicara hatiku..

Aku ingin melihat ALLAH tapi keupayaanku tidak mampu..

Namun aku mampu melihat keagunganNya..

Ciptaan dan Kejadian ALLAH..

Aku rindu mendengar kata-kata ALLAH SWT..

Alhamdulillah aku dapat mendengar kata2Nya dalam Al-Quran ...

Aku ingin bersahabat dengan ALLAH SWT..

Maka aku hanya mampu bersahabat bersama Rasulullah SAW bersama2 hadis-hadisnya..

Yang Baginda wariskan pada ulama-ulama..

Aku malu..

Aku malu sangat dengan tasbihnya langit luas..

Aku malu sangat dengan zikirnya laut...


Aku malu sangat dengan keataatan fajar..


Aku malu..aku malu sangat...aku malu...


kerna apa?


Kerna tasbihku,zikirku,ketaatanku pada ALLAH


hanya setitik air yang dilimpahi dosa...


Aku masih tertatih-tatih...



Tertatih-tatih mngejar cintaMu..


Rangkak ku masih belum sempurna...


Yaa ALLAH..berilah hambamu ini kekuatan untuk terus istiqamah di jalanmu...


Rindukan aku pada amal ibadatmu,


Kasihkan aku pada perintahMu..


Yaa ALLAH...aku perlu kan Mu..


Aku perlukan Mu disaat aku ingin terjatuh..


Aku perlukan Mu disaat ku tergapai-gapai..


Aku perlukan Mu disetiap ............


Maafkankan ku..

Saturday, 15 September 2012

Tanpa kita duga...

Sebenarnya dalam dunia memang banyak sangat benda yang berlaku tanpa kita duga.luar dari akal pemikiran... Kita fikir setiap apa yang kita rancangkan akan berjalan seperti mana yang kita harapkan.

Tapi mungkin ada masanya kita terlupa. Kita merancang, dan pada masa yang sama ALLAH turut merancang.


Bezanya ialah perancangan yang diaturkan oleh ALLAH swt untuk kita adalah lebih sempurna. Dia Maha Mengetahui tentang apa yang terbaik untuk kita, dan apa yang buruk untuk kita.


"Boleh jadi kita sangat suka akan sesuatu, padahal perkara itu adalah buruk bagi kita, dan boleh jadi kita sangat benci akan sesuatu.." walhal perkara itu baik untuk kita.


Bersabarlah, dan teruskan berdoa agar ALLAH sentiasa memberikan kita yang terbaik.insyALLAH...

Sunday, 26 August 2012

dia masa lalu ku..


''AKU TAK PERNAH MENYESAL mengenali seseorang kerana seorang yang baik akan membahagiakan, yang tidak baik adalah pengalaman bagiku, yang terburuk memberi pengajaran dan yang TERBAIK akan ku ingat sebagai KENANGAN.''



#apa yang pasti ia hanya masa lalu...masa lalu yang mengajarkan aku lebih dewasa dari sekarang...masa lalu yang lebih mengajarkan siapa diriku sebenar..syukran...akanku ingat dalam ingatan...takkan ku berhenti berdoa untukmu...




Rasa syukur membuat HIDUP menjadi Indah

Rasa syukur membuat yang sedikit menjadi CUKUP

Rasa syukur mengubah apa yang kita miliki menjadi lebih BAHAGIA

Rasa syukur mengubah masalah menjadi HIKMAH

Semoga kita semua sentiasa menjadi umat yang bersyukur dan dikasihi ALLAH SWT.

Wednesday, 15 August 2012

Dah solat belum??



Tepuk dada tanya  hati..mungkin semalam dan sekarang kita masih diberikan peluang oleh ALLAH untuk terus bernafas ..mungkin hari ini kita masih bersuka ria,membuang masa dengan aktiviti tk berfaedah,masih lagi alpa serta lupa terhadap Penciptanya..atau amik tidak endah atau anda terfikir kiamat lama lagi..tapi tahukah anda adakah  esok,akan datang,atau sebentar lagi adakah kita diberi peluang untuk bernafas...renungkan2..kita semua bakal ahli kubur...cepat atau lambat saja tidak diketahui..itu rahsia ALLAH..adakah sudah meningkat umur baru nak bertaubat,,adakah time sakit baru nak ingat ALLAH..adakah semasa ditimpa musibah baru ingat sejadah....

Masih belum terlambat untuk kita berubah ke lebih baik..masih belum terlewat untuk kita ingat sejadah..
masih belum terlambat...walaupun kekadang sesuatu benda yang kita buat itu adalah terpaksa...tapi andai kita lakukan sesuatu utk mendapat keredhaan ALLAH dan istiqamah..insyALLAH yang terpaksa itu akan jadi terbiasa... :)

Monday, 13 August 2012

selembut hati yg keras

Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata lembut.

Walaupun tk nampak tapi besar ganjarannya

Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya.

Friday, 10 August 2012

"barangsiapa yang sungguh2 memohon mati syahid kepada ALLAH ..maka ALLAH akan menghantarkan ke kedudukan orang2 yang mati syahid ,,sekalipun dia mati di tempat tidurnya"https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6qhvuKdgEdi1cIi2L1GmTngIhVUt8xpI9mQtEpukn6qACau_uzAC8b8uZFe0grd8_CSUvQVYpPG3deXLSYp39nvPQlcp7xSAhHZPTwtp8CkjiIu8VorTu6B2pSZLCrecIpNQk1Lm3Hhg/s1600/memburu+syahid.jpg

YA ALLAH,kami memohon kepada MU..golongkan ibu bapa kami,keluarga kami,anak2 kami,sahabat2 kami,semua muslimit san muslimat dalam golongan yg memburu syahidmu... T_T

Wahai para pemuda pemudi yang rindukan syahid di jalan ALLAH...yang merindui kampong halaman iaitu syurga Allah..yang mencintai Allah.... bangkitlah sama2, persiapkan diri, perbaiki diri menjadi mujahid mujahidah yang memburu syurga Nya..

Thursday, 9 August 2012

layak kah aku jadi isteri solehah?


saya ada satu cerita yang nak dikongsikan pada rakan2...silakan membaca...Dia seorang wanita yang dikenali seorang yang kuat kuat ibadah, malah hati dan cintanya hanya untuk Allah S.W.T. pun masih meragui apakah dia mampu menjalankan tugas sebagai isteri yang beriman dan taat.
Kisah ini dinukilkan untuk bahan renungan kita bersama. Mudah-mudahan ianya menjadi pengajaran dan keinsafan kepada kita semua.
Diceritakan ketika matinya suami seorang waliyah bernama Al Bashriyyah, maka Hassan Al Basri serta teman-temannya minta izin untuk masuk ke rumahnya. Beliau mengizinkan mereka masuk dan beliau menjatuhkan tabir rumahnya lalu duduk di belakang tabir.
Kemudian Hassan Basri dan teman-temannya berkata ; “Sesungguhnya suamimu telah meninggal dunia, maka pilihlah dari para zahid ini (pembenci dunia) siapa yang kamu kehendaki.”

Rabiah berkata ; “Ya, aku terima dengan senang hati dan penuh pernghargaan, tapi aku mahu bertanya kepada kamu sekalian, siapakah yang paling pandai di antara sekalian hingga aku akan mengahwininya?” Mereka berkata ; “Hassan Basri.” Kemudian Rabiah ; “Kalau engkau dapat memberi jawapan kepadaku mengenai empat pertanyaan, maka aku bersedia menjadi isterimu.”
Hassan Basri berkata ; “Tanyalah kepadaku, kalau Allah memberi pertolongan kepadaku untuk boleh menjawabnya, aku berikan jawapan pada pertanyaanmua.”
Kemudian Rabiah berkata ; “Bagaimana jawapanmu kalau aku mati, aku keluar dari alam dunia dalam keadaan Muslim atau kafir?” Hassan Basri menjawab ; “Ini adalah barang yang samar (tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah).”
Rabiah berkata lagi ; “Bagaimana jawapanmu ketika aku diletakkan di tempat perkuburanku dan aku ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir apakah aku boleh menjawab pertanyaan mereka berdua atau tidak?” Hassan Basri menjawab ; “Ini juga barang samar.” Kemudian Rabiah berkata lagi ; “Tatkala manusia dibangkitkan pada Hari Qiamat dan bertebaran catatan-catatan amala manusia, lantassebahagian mereka diberikan catatan amal dengan tangan kanannya dan sebahagian mereka diberi catatan amal dengan tangan kirinya. Apakah aku diberi catatan amalku dengan tangan kananku atau tangan kiriku?”
Lalu Hassan Basri menjawab ; “Ini juga barang samar.”
Kemudian Rabiah bertanya lagi ; “Tatkala diundang pada Hari Qiamat, sebahagian masuk ke Syurga dan sebahagian masuk ke Nereka, apakah aku termasuk ahli Syurga atau ahli Neraka?”
Hassan Basri menjawab ; “Ini juga barang samar.”
Lalu Rabiah berkata ; “Apakah seorang yang khuatir memikirkan tentang empat perkara ini (lebih baik) mempunyai suami atau mengosongkan diri dari suami?”
Lihatlah kepada wanita ini, ia seorang ahli ibadah serta pembenci dunia. Bagaimana beliau khuatir akan akhir hidupnya. Tidak ada kekhuatiran ini, kecuali kerana kejernihan hatinya dari kekotoran dan meresap ilmunya.
Seorang isteri yang solehah ialah jika melakukan satu dosa kepada suaminya, maka ia akan menyesal ketika itu juga. Dan demi mengharapkan keredhaan suaminya, dia menangis sampai beberapa hari kerana takutkan seksaan Allah dan dia berkata kepada suaminya, jika dia melihat suaminya bersedih hati : “Kalau kesedihanmu kerana urusan Akhirat, maka berbahagialah bagimu, dan kalau kesedihanmu kerana urusan dunia, maka sesungguhnya aku tidak memaksamu untuk melakukan apa yang kamu tidak mampu.”
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi...

Wednesday, 8 August 2012

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

Allah berfirman di dalam Al Quran:"..Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia.."
(Surah [22] AL HAJJ : Ayat 78)

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
(Surah [33] AL AHZAB : Ayat 21)

Saturday, 4 August 2012

^_^



Masa itu akan kembali tercipta dihatiku setiap kali kenangan itu menjemputku pulang....Kenangan ini muncul disaat aku keseorangan maka menjelma lah ia sebagai penglipur lara

mungkin kah...

Kadang2 aku teringat masa2 silam ku...seolah2 terasa semalam baru berlaku.kadangkala bayangan2  menghantui lamunan ku....aku cuba membuangnya jauh2...cuba melupakan....cuba  menghapuskan jejak yang aku sendiri tinggalkan tapi aku gagal...semankin aku cuba untuk melupakan semankin pahit rasanya..setahun sudah berlalu sejak ku masuk kolej....

sesungguhnya aku insan yg lemah,,sering alpa dn lalai ..kadangkala aku sendiri tk kuat utk terima ini semua...

YA ALLAH...aku perlukan-Mu di siang hariku…aku perlukan-Mu diwaktu malamku…aku perlukan-Mu sewaktu jagaku…aku perlukan-Mu didalam lenaku…aku perlukan-Mu sepanjang hidupku…sehingga ke akhir nafasku, aku masih perlukan-Mu…selama-lamanya…

Friday, 3 August 2012

Dengan nama ALLAH yang Maha Permurah lagi Maha mengasihi..
Ya ALLAH,,,Ya tuhanku..
Rendahkan lah suaraku,,perindahkan ucapankudan lembutkan hatiku untuk ibu bapa ku..

Berilah mereka balasan yang sebaik2nya atas didikannya padaku...
Periharakanlah sebagaimana mereka memelihara ku....


Ya ALLAH,,Ampunkan lah dosa2 mereka dan kasihani lah dirinya...lindungi  ibu bapa ku dari mara bahaya...dan kasihani lah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil...
panjangkanlah usia mereka ,murahkanlah rezeki mereka dan berikanlah keberkatan dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga..

Sesungguhnya Engkau lah yang memiliki Kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua Pengasih..aminn...

#tatkala aku jauh dari keluarga kadangkala aku kesunyian....rindu suasana kt rumah yg "riuh randah cm kandang ayam"bak kata mama..
beza sangat kat sini...hari minggu je mesti sepi rumah ni sebab houmate semua blik..hmmm.....

Friday, 27 July 2012

Dengan kalimah Bismillah.....
ku mulakan langkahku dengan segenggam keazaman..
Dan dengan kalimah Alhamdulillah ku hentikan dengan sejuta rasa keikhlasan...

Dapat aku rasakan....
Keindahan itu hanya sebuah ilusi...
Yang hanya dapat dirasai oleh hati...
Tapi tak dapat disentui dengan kata2...
Kadangkala sukar untuk aku memahami ertinya....
Kadangkala pula aku putus asa untuk _ _ _ _ _ _ _
Bukan mudah untuk membuat sesuatu keputusan...
Bukan mudah untuk aku menghindari kenyataan...
Antara pasti atau tidak pasti...
Antara sengaja atau buat2...
Wallahhua'lam...
ALLAH mengetahui, sedang aku tidak mengetahuinya...
Takpelah mungkin ini salah satu ujian untuk aku....
Itu tandanya ALLAH sayang aku..
Aku tahu ALLAH tidak akan memberi ujian luar dr kemampuan umatnya...
Semoga segala persoalan yang yg dibelenggu dpt dileraikan akan berakhir dengan _ _ _ _ _..
Amin...

Wednesday, 25 July 2012

RUANG HATI YANG KOSONG.

Ibnul Qayyim berkata: “Sesungguhnya di dalam hati terdapat ruang kosong dan kekurangan yang tak dapat diisi oleh suatupun kecuali Allah, terdapat sesuatu yang kusut yang tidak dapat diurai kecuali dengan pendekatan diri kepada Allah, terdapat penyakit yang tak dapat disembuhkan selain dengan sikap ikhlas dan beribadah hanya kepada-Nya. Tidaklah seorang hamba dihukum dengan sesuatu yang lebih berat dari kekerasan hati dan keterjauhan dari Allah. Sesungguhnya hati yang paling jauh dari Allah adalah hati yang keras, dan sebagaimana diketahui, bilamana hati telah mengeras, maka air mata sulit mengalir dan mata menjadi kering (Tidak mudah menangis). Ia terasa berat mengalirkan air mata baik di saat berdzikir, takut kepada Allah ataupun ketika tunduk bersimpuh di hadapan Allah.

Wednesday, 4 July 2012

Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya bukanlah satu babak yang penyudah dalam arena kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak terlepas dari mati.

Maksud Firman Allah s.w.t :"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."( Surah Ali Imran ayat 185 )

Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa menerima tempoh.

Maksud Firman Allah s.w.t:"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."(Surah al-A'raf ayat 34)

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, ia tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat atau dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat. Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.

Maksud Firman Allah s.w.t :"Di mana saja kamu berada, kematian itu akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kubu yang kukuh." (Surah an-Nisaa' ayat 78)

Kita telah melihat dan akan melihat dua suasana yang berbeza antara satu sama lain dalam menghadapi kematian. Ada yang ngeri lagi takut mereka belum bersedia dengan bekalan yang sewajarnya, terlukis dalam alam khayalannya terbujur kaku tanpa teman, pucat lesi, tidur tidak berbantal dan beralas, takut hantu serba ragam yang bergolak dalam fikiran yang kusut lagi buntu.

Manakala satu pihak lain, mereka merasa redha dan menanti kedatangan maut itu dengan senang kerana mereka sudah bersedia dengan amalan yang membawa kesejahteraan dan kenikmatan kepadanya.

Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.

Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.

Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.

Timbul rasa kasih sayang serta mahabbah sesama manusia, khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak disebut orang dengan kebaikan.

Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.

Thursday, 31 May 2012

Bak kata seseorang

Ya ALLAH....
kami saling merindui,namun kami tak pernah antara mengenal satu sama lain...
oleh kerana kau telah menutup pandangan kami...
dengan hijab yang sagat tebal..Namun kami yakin...
kau menghijab kan agar kami sentiasa melengkapkan diri ....
dengan segala bekal yag diperlu kan...
kami memohon agar hijab diantara kamii segera terbuka .....
bila mana kami benar benar bersedia..........
pernikahan kami adalah marhalah dakwah dan kasih sayag.....
diantara kami hanya la satu.....menuju redha Mu..

Tuesday, 29 May 2012

Akal yang dicipta

“Ketika Allah menciptakan akal, Ia berfirman kepadanya: “Kemarilah!” Ia pun menghadap. Ia berfirman kembali: “Mundurlah!” Ia pun mundur. Kemudian Ia berfirman: “Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tidak pernah menciptakan makhluk yang lebih Kucintai darimu, dan Aku tidak akan menyempurnakanmu kecuali bagi orang yang Kucintai. Semua perintah, larangan, siksa dan pahala-Ku tertuju kepadamu”.

Friday, 25 May 2012

SANDARAN.....!!!

Assalaamu 'alaikum warohmatullohi wabarokaatuh.

SANDARAN.....!!!

Kalau anda bersandar pada tiang, lalu tiangnya ambruk, maka andapun ikut ambruk, itulah gambaran bersandar pd selain ALLAH,

pada orang tua, harta, jabatan, popularitas dsb,

karena itu brsandarlah pada Yg tidak bersandar pada siapa & apapun,yg tidak pernah mati, tidak pernah tidur,Penguasa langit bumi, Dialah "Allohush shomad".

Rasulpun bersabda, "Siapa yg bersandar kepada ALLAH, lalu membaca la hawla wa la quwwata illa billah dg keyaqinan maka ALLAH pasti menolongnya",SubhanAllah, "

Ya ALLAH, jadikan kami hamba2MU yg hanya bersandar padaMU dalam semua urusan kami...aamiin"

Ampunan dan Afiat

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bissmillahirrahmanirrahiim

Diriwayatkan dari Abbas bin Abdul Muthalib RA, ia berkata, “Aku memohon kepada Rasulullah SAW. “Ajarilah kepadaku sesuatu yang digunakan untuk berdoa kepada Allah.” Maka, beliau menjawab, “Wahai Abbas, paman Rasulullah SAW, mintalah kepada Allah afiah (keafiatan) di dunia dan akhirat.” (HR Tirmidzi).

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Ibnu Umar RA bahwa Nabi SAW bersabda, “Tiadalah suatu yang diminta seorang hamba dari Allah yang lebih dicintai daripada meminta afiah.” (HR Tirmidzi).

Dalam kitab Al-Hishnul Hashiin, al-Jazari berkata, doa Rasulullah SAW untuk meminta afiat merupakan hadis mutawatir, baik lafaz maupun maknanya, yang datang kepada kita melalui 50 jalan. “Mohonlah ampunan dan afiat kepada Allah karena seseorang tidaklah diberi sesuatu yang lebih baik setelah keimanan dari afiat.”

Afiat adalah dukungan Allah yang diberikan kepada hamba-Nya untuk bisa menunaikan perintah-Nya, menerima qadha dan qadar-Nya dengan rida dan berserah diri. Dukungan Ilahi ini bisa berupa kesehatan jasmani dan rohani, rezeki halal, taufik, dan hidayah Allah. Orang yang meminta afiat berarti meminta dukungan atas apa yang niat dikerjakannya.
Doa ini merupakan bekal untuk menolak bahaya dan menarik semua kebajikan. Ibnu al-Jauzi mengatakan, orang yang berbahagia adalah orang yang merendah di hadapan Allah dan selalu memohon afiat. Karena, afiat tidak akan diberikan tanpa ujian.
Seorang yang berakal akan selalu meminta afiat untuk mengalahkan semua ujian dalam semua situasi dan kondisi. Dan, kita memerlukan kesabaran untuk menghadapi ujian sekecil apa pun. Seseorang tidak akan mencapai rida Allah tanpa ujian.

Sabar hakiki akan terwujud saat kita menerima semua takdir Ilahi. Dan, ketentuan Ilahi jarang yang datang seirama dengan keinginan nafsu kita. Orang cerdas adalah yang mampu menguasai nafsunya melalui kesabaran yang dijanjikan berpahala besar.

Al-Manawi mengatakan, maksud hadis “Mohonlah ampunan dan afiat” adalah larangan untuk meminta bala dan ujian. Ampunan adalah penghapusan dosa, sedangkan afiat adalah keselamatan dari sakit dan bala.

Afiat itu mencakup di dunia dan akhirat. Karena kesalehan seorang hamba tidak akan sempurna kecuali dengan ampunan dan keimanan yang meyakinkan. Keimanan ini yang mampu menolak siksa akhirat. Sedangkan, afiat menolak penyakit dunia yang ada dalam hati ataupun di badan.

Oleh karena keafiatan di dunia merupakan nikmat Allah yang besar, orang yang mendapatkannya wajib menjaganya dan melindunginya dari hal-hal yang merusak. Dalam hal perintah doa afiat kepada Abbas yang dianggap sebagai orang tuanya, terdapat dorongan kepada kita agar membiasakan diri untuk memohon afiat kepada Allah.

Al-Mubarokfuri berkata, “Perintah Rasul SAW kepada Abbas untuk memohon keafiatan merupakan dalil tegas bahwa memohon keafiatan adalah doa yang tiada tandingannya bila dibandingkan doa-doa lain.


Oleh: Prof Dr KH Achmad Satori

Semoga bermanfaat dan bila dirasa artikel ini berguna silahkan saling berbagi sesama teman yang membutuhkan,tak lupa salam santun ukhuah fillah...



Lelaki mulia

Bagiku, lelaki mulia…
Ialah yang tidak menghinakan wanita.
Sikapnya santun penuh hormat,
Ialah cermin dari pribadi yang taat.

Lelaki mulia…
Selalu menjaga wanita.

Tak membiarkannya kecewa,
Apalagi terluka..
Oleh janji-janji buta.

Lelaki mulia…
Yang tak akan umbar kata,
Melainkan dengan sikap yang nyata.

Ialah lelaki mulia..
Memuliakan wanita,
Terutama Ibunya…..

Akhlaknya tidak tercela..
Penuh kehati-hatian dalam bicara,
Berpikir seribu kali sebelum mencinta..
Khawatir kan menyakiti wanita.

Lelaki mulia…
Dimanakah kau berada?
Semoga kita kan dipertemukan jua…

salam santunku______

Thursday, 24 May 2012

i luv islam

• Apabila lama kita tidak mendengar kuliah agama, tidak membaca Al-Quran dan melakukan kebaikan demi Allah, tahap keimanan kita akan menurun. Iman manusia perlukan suntikan ilmu dan amalan dari masa ke semasa. Oleh itu jangan biarkan diri terlalu lama hanyut dengan kesibukan dan keseronokan dunia.

Sunday, 29 April 2012

Remaja zaman sekarang


Semasa mereka sibuk mengejar syahid, (ganjaran cash dr Allah kalo nak masuk syurga terus direct) remaja sini sibuk fikir macamana nak gugur janin. Janin bukti cinta mereka yang suci itu. janin yang tidak berdosa. Mereka disana syahid di tembak, di sembelih dan di bom. itu bermakna dan manis. remaja kita sakit di jolok dengan besi2 tajam, pucuk ubi kayu, menyesal x berguna., Oh, Itu Sungguh Manis. *sinis* (kalo nak tgok betapa SEDAPNYA gugur kan bayi tu jenguk ARTIKEL NIH

Thursday, 26 April 2012

I AM A SERVANT...

Aku seorang hamba...


layakkah aku bersikap angkuh dan sombong dengan kekayaan, kebijaksanaan yang dipinjamkan sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku bersikap meninggi diri dan berasa lebih mulia serta lebih baik sedangkan aku hanya seorang hamba?
layakkah aku berasa marah keatas sesuatu yang bukan milikku, sedangkan aku hanya seorang hamba?

sedarlah wahai diri, kehidupan di dunia bukanlah untuk dibangga-banggakan
kerana diriku hanyalah seorang hamba
harta kekayaan, wang yang melimpah ruah, anak-anak yang ramai, rumah yang selesa, kereta yang mewah, pangkat yang besar, dan apa sahaja yang dirasakan hak kepunyaan aku
semuanya bukan hak milikku dan tidak layak pun untuk aku memilikinya
hatta diriku sendiri, bukanlah milik sesiapapun
dan juga, bukanlah milikku
kerana...
aku hanyalah seorang hamba
hamba kepada Al-Khaliq, Pencipta bagi alam semesta
Yang Maha Kaya lebih dari yang kaya raya di dunia
Yang Maha Kuat, lebih dari yang paling kuat di dunia
Yang Maha Berkuasa, lebih dari yang paling berkuasa di dunia
ALLAH swt

Astaghfirullah!
Istighfarlah wahai diri
Sedarlah wahai diri
Sedarkah wahai diri
Sedarlah wahai diri...

Masa lalu

” Masa lalu merupakan sebuah unggun api, bila anda ingin mempelajarinyan sesuatu darinya. Jika tidak, janganlah membuang waktu dengan merenunginya “

Imam al-ghazali

Yang Besar

 itu nafsu...yang berat itu amanah...yang indah itu solat..yang dekat itu MATI...jangan la menilai bahawa kita akan hidup lame lagi...kita xkan sedari bila maut akan tiba.....mungkin esok,atau lusa atau hari nie??renung-renungkan dan selamat beramal ^_^

Macam ni la selalunye..

Begitu ramai lelaki

  yang membina badan dengan angkat berat...Namun hanya segelintir yang membina rohani dengan angkat takbir pada ALLAH...subhanaALLAH,...

Saturday, 14 April 2012

Alhamdulillah.......

YA ALLAH...........

  terkadangnya aku kalah... aku rebah... aku tak mampu Namun Bila HATI berjuang kerana Allah Dugaan itu tempat bersinggah, Keperitan di telan sebagai juadah Kejayaan dianggap satu mimpi indah Andai di takdirkan rebah, HATI tetap redha kerana ALLAH. *Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un* Alhamdulillah aku masih mampu melukis kekuatan... Alhamdulillah aku masih mampu melakar senyuman di saat tertekan... Alhamdulillah aku masih mampu tertawa di saat hati sedang menangis... Alhamdulillah aku masih ada nafas ........ Alhamdulillah aku masih tetap HATI ini mengakui “ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Aamiin.

Tuesday, 10 April 2012

Erti Kehidupan

apA yAnG kU hArApkAn...........

tak selalu sama dengan yang terbayangkan
setiap pijakan yang ku hentakan seakan memberiku berjuta harapan
melambungkanku tinggi keatas awan
seakan telah terlihat 1 titik cahaya terang
tapi…………..
tiba – tiba ku terhempas jauh dari ketinggian
terjatuh kedalam jurang kenyataan letih lelah membaur dalam kenyataan
namun…
di balik itu semua mengajarkanku 1 arti kehidupan
yaitu sebuah Ketegaran….
Tuhan bantulah aku dengan semua mimpiku dan luluhkanlah semua egoku…

Saturday, 7 April 2012

Hanya Padamu KU Berserah



BismiLlaahirRahmaanirRahiim.

Assalaamu'alaykum WarahmatuLlaahi Wabarakaatuh.

Mensyukuri semua yang telah diberikan oleh Allah s.w.t.

Hidup adalah perjuangan, hidup ada pilihan, hidup adalah anugerah dan lain-lain.Tapi sayang, kadang kita hanya mensyukuri nikmat dan rezekiNya sahaja padahal musibah dan bencana juga harus atau perlu disyukuri....Kenapa? Kerana dengan bencana dan musibah kita akan menjadi semakin tahu, sabar dan tegar di dalam menjalani hidup ini. Jika sekarang kita dihadapkan dengan suatu masalah yang rumit, maka apa yang harus kita lakukan?..Yang harus kita lakukan adalah selalu yakin dan percaya bahawa semua yang kita hadapi sekarang pasti ada hujungnya.Allah s.w.t. berfirman"Aku tidak akan memberikan beban kepada umat-Ku melebihi batas kemampuan umat tersebut ".Jadi percaya dan yakinlah, kalau sekarang ini kita dihadapkan kepada suatu masalah yang rumit, Insya Allah, kita pasti akan mampu keluar daripada masalah tersebut dan mendapat solusi dengan hasil yang baik.

② Ingat mati

Belajarlah hidup seperti arus air yang mengalir di sungai, selalu ke bawah dan mencari tempat yang lebih rendah kerana setiap langkah-langkah kaki kita dan setiap hembusan nafas kita di dunia ini pasti akan ada penghujungnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman , setiap yang hidup atau bernafas pasti akan mati.

③ Cari sesuatu yang baru

Carilah sesuatu atau hal-hal yang baru, misalnya melalui membaca buku, browsing internet, membaca majalah, berjalan-jalan ke tempat-tempat baru dan sebagainya.

④ Memaafkan dan Meminta maaf

Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan sering terlupa.Orang yang baik bukanlah orang yang tidak pernah melakukan kesalahan, tetapi orang yang baik adalah orang yang mahu mengaku kesalahannya dan memperbaikinya.

⑤ Belajar menerima kekurangan diri

Jika kita diminta untuk menerima kelebihan, maka itu adalah suatu hal yang mudah dilakukan. Tapi bayangkan jika kita diminta untuk merima kekurangan , maka itu adalah suatu hal yang sukar untuk dilakukan. Padahal setiap manusia mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing, ada yang sama dan ada yang berbeza.

⑥ Pandanglah ke hadapan

Setiap kita tentunya punya impian, cita-cita dan harapan. Tapi kadang apa yang kita alami sekarang ini tidak sesuai dengan apa yang kita rencanakan, lalu apa yang harus kita lakukan jika impian, cita-cita dan harapan itu tidak menjadi nyata? Yang harus kita lakukan ialah teruslah dan tetaplah memandang ke hadapan sambil memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang membuatkan kita gagal. Samalah jika kita sedang meniti tangga, janganlah melihat ke bawah. Tetapi jika sudah sampai ke puncak, maka yang harus kita lakukan adalah melihat ke bawah..Kenapa? Kerana dengan melihat ke bawah, akan menjauhkan kita daripada sifat sombong.

⑦ Berserah kepada-Nya

Allah s.w.t menciptakan kita untuk saling mengenal, untuk saling tolong-menolong di dalam kebaikan, dan Allah s.w.t. menciptakan kita berpasang-pasangan. Tapi ada masanya kita merasa semuanya pergi menjauh ketika kita dilanda dengan masalah. Teman-teman kita pergi, keluarga kita tidak peduli dan sebagainya.Padahal kita sangat mengharapkan adanya bantuan dan sokongan daripada mereka-mereka yang hampir dengan kita ketika kita sedang dilanda dengan masalah. Namun apa yang kita inginkan tidak seperti yang kita harapkan. Lalu apa yang harus kita lakukan adalah menyerahkan semuanya kepada Allah. Kenapa? Kerana jodoh, hidup, mati, rezeki dan segalanya adalah atas ketentuanNya. Walaupun teman-teman kita tidak bersama di saat kita susah, keluarga kita tidak peduli tapi yakinlah bahawa Allah s.w.t selalu bersama kita. Jika kita sendiri, maka yang kedua itu adalah Allah s.w.t. Justeru, jadilah sahabat yang baik untuk dirimu sendiri, untuk teman-temanmu, untuk keluargamu dan untuk yang lain.

⑧ Jangan mencintai seseorang kerana suatu alasan

Jika kita punya kekasih dan orang-orang yang menyayangi kita atau kita sayangi apakah kita tahu untuk apa dan kerana apa kita mencintai mereka semua? Kalau jawapan kita adalah “aku mencintainya kerana kecantikannya / ketampanannya / hartanya, dan lain-lain.” Maka itu bukan suatu jawapan, tapi itu adalah hitung-hitungan, padahal cinta yang baik tak pernah mengajarkan hitung-menghitung. Jika kita mencintai seseorang, maka cintailah kerana agamanya, jangan kerana hartanya atau rupanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Seorang wanita dinikahi kerana 4 hal, iaitu: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka carilah wanita-wanita yang beragama, niscaya kamu beruntung.”

⑨ Belajar berdisplin


Salah satu cara untuk membuat kita disiplin adalah dengan membuat catatan kecil . Kadangkala kita sering terlupa di waktu pagi dengan rencana-rencana yang sudah kita susun di waktu malam hari. Padahal seharusnya rencana-rencana itu harus direalisasikan sebelum berganti hari. Nah, solusi yang sederhana adalah dengan membuat catatan kecil itu, agar semuanya berjalan sesuai rencana.

⑩ Belajar menerima

Ketika kita gagal, maka mungkin kita akan berkata: “Kali ini waktu tidak berpihak kepadaku”.Sesungguhnya kenyataan yang tidak sesuai dengan rencana memang pahit dan begitu sulit untuk diterima, namun kita harus menerimanya dengan lapang dada, mengambil hikmah dan selalu optimis.Ini kerana yang di bawah tidak selamanya berada di bawah, dan yang di atas tidak selamanya berada dia atas.Begitulah roda kehidupan berputar, kadang-kadang di atas, dan ada masanya di bawah.


“Awak ambik kos pendidikan
Islam...??”
“tak…”
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik

kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya kos economics n
management sciences la…”
“saya ingatkan ustazah tadi…”
Hmmm... soalan-soalan sebegini
selalu diajukan pada mereka
yang bertudung labuh… Asal
tudung labuh je ingat ustazah,
asal pakai tudung labuh je orang
ingat pelajar jurusan agama…
Haishhh… ana bukan ustazah,
bukan juga anak ustaz.. ana
bertudung labuh sebab ana
seorang muslimah!!! Iye betul
biasanya ustazah yang pakai
tudung labuh… Tapi tak salahkan
ana memakai tudung labuh...
Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga
menutupi dada-dada mereka.
" (An-Nur : 31)
Ada juga yang menyangka bila
seseorang itu bertudung labuh,
bermakna alimnya seorang
wanita. Hakikatnya tak semua
yang bertudung labuh sarat
dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
"Dahtu kenapa bertudung
labuh?"
Awak… Islam menyarankan
muslimah untuk bertudung labuh
kerana penuh dengan hikmah. Ia
bukan sekadar menutupi aurat,
tetapi juga melindungi diri.
Tudung itu sendiri bisa mendidik
si pemakainya…
“Eh tudung pun boleh jadi
cikgu???”
Boleh dikatakan begitu… cuba
anta wa anti bayangkan, agak-
agak ada ke wanita bertudung
labuh pergi berpesta, pegi disco?
Ya kalau ada pun cuma segelintir
yang tak tahu malu… Bila
bertudung labuh akan lebih
menjaga akhlak, yela… takkan
yang bertudung labuh nak
terlompat-lompat, terkinja-kinja
tengok konsert, menjerit-jerit
macam kena hysteria… kan kalau
perangai tak jaga, nanti orang
mengata, harap je pakai tudung
labuh tapi perangai… Nauzubillah…
Bila jenjalan kat mana-mana
jarang lelaki yang berani tegur
lebih-lebih, paling tidak pun
mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustazah… tak
jawab dose taw”
Tengok, yang nakal pun tiba-
tiba jadi budak baik. Sudah
menjadi fitrah, lelaki kan tertarik
pada wanita, dengan susuk
tubuhnya yang menggoda, jalan
lenggang-lenggok, apatah lagi
yang lemah imannya. Kadang-
kadang lelaki tertarik mendekati
wanita bertudung labuh kerana
keindahan akhlaknya. Jadi
mereka rasakan mereka perlu
berubah tetapi dalam masa yang
sama mereka ingin mendampingi
wanita yang bertudung labuh
yang mungkin boleh membantu
mereka dengan ilmu yang wanita
itu ada.
“Awak… saya nak berubah jadi
budak baik, boleh tak awak
awak bimbing saya?”
“Kenapa saya”
“Sebab saya tengok awak alim
je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai
tudung labuh???"
Awak lelaki kalau benar-benar
mahu berubah, awak seharusnya
cari yang sama jantina dengan
awak. Kerana itu lebih terjaga
dan jauh dari fitnah. Ramai lagi
lelaki yang jauh lebih alim dari
saya…
Iye walaupun saya bertudung
labuh, tapi belum tentu ilmu
setinggi langit. Bukan saya
kedekut ilmu, sombong. Setakat
ilmu yang ada bolehla kita share
kerana ilmu itu bila saya beri ia
makin bertambah. Saya juga
masih berusaha mencari
sebanyak ilmu yang mungkin.
Kerana hanya dengan ilmu
mampu mengubah seseorang
membawa keluar dari kotak
kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya,
penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu
yang diamalkan, pasti terpancar
nur dari dalam hati. Saya juga
perlu dibimbing dan tudung labuh
ini bukanlah suatu lambang
ketinggian ilmu seseorang. Cuma
saya cuba jadi yang terbaik, apa
yang saya mampu lakukan, saya
kan cuba sedaya upaya
mengamalkannya kerana
indahnya hidup bersyariat.
Dan tak bermakna yang tudung
singkat itu sedikit ilmunya, cuma
mungkin masih belum tergerak
hatinya untuk berubah kepada
yang lebih baik, sama-sama kita
doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D
*Semoga Allah memberikan kita
keimanan yang teguh dalam
menjalani hidup yang penuh
dengan cabaran di akhir zaman
ini. Iman ada naik dan turunnya.
Dan itulah yang kita risaukan,
apa yang terjadi pada kita saat
iman kita lemah.. Nau'zubillah...
*Teruskan berdoa kepada
pencipta kita yang satu, ALLAH
SWT... Sesungguhnya doa itu
senjata Mukmin.


Friday, 6 April 2012

Hukum menonton wayang






Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan?  Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar?  Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?

Jawapan
: Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki.  Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar.  Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.

Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.


Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “
sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram”   Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.

Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah.  Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.


Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan  dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya  yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.


Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya.  Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini.  Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.


Hakikatnya, pada hari ini kaum Muslimin dikelilingi dengan penderitaan dan penindasan dari pelbagai penjuru disebabkan ketiadaan Daulah Khilafah yang memelihara umat.  Sememangnya, seorang Muslim tidak sepatutnya mempunyai waktu yang terluang untuk dihabiskan dengan melayani hiburan yang mubah(dibolehkan), apatah lagi mahu menghabiskan waktunya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah,
Nauzubillah!

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai seorang Muslim yang berfikiran cemerlang, untuk mengajak saudara-saudara seIslam kita, mengerahkan seluruh masa dan tenaga yang ada, untuk sama-sama bekerja keras menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya nasib umat ini akan terbela dan penderitaan umat Islam akan digantikan dengan kegembiraan.  Wallahu ‘alam

sEcEbis inGatAn

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:

‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’

Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:
Suaminya.
Ayahnya.
Saudara lelakinya.
Anak lelakinya.
Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:

Sahabat

Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?

Orang yang melihat

Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

Jurufoto

Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.

Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.

Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.

Penjual/ penyebar

Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.

Pembeli/ pembaca

Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing.
Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat.
Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.

Nauzubillah…Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah….

Nota ;sebarkanlah walau sepotong ayat

Ayu nya wanita

Ayu nya wanita
(◠‿◠✿ Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita kerana keteguhan imannya.

Cukuplah ALLAH bagiku..

Cukuplah ALLAH bagiku..
Bukan menolak CINTA adam tapi dalam proses mencari CINTA ILAHI..Kalau saya GAGAL dalam mencari CINTA ILAHI..maka tak MUSTAHIL saya juga akan GAGAL dalam menCINTAI dia yakni HAMBA ILAHI.♥

Popular Posts

my hamster