Friday, 15 February 2013

Sendiri boleh menilai

Orang kata tak baik sombong2 nanti tak ada kawan nak kawan..Tapi rasanya sombong itu perlu..ehh kenapa pula perlu ya?Tak rasa rugi ke kalau sombong?Sombong itu perlu..dalam erti lain sombong bertempat..

Perwatakan dan cara pemakaian kita melambangkan akhlak kita..Setiap tingkah laku kita diperhatikan oleh orang sekeliling.Jika buruk yang kita tonton kan akan jadi bahan bacaan mereka.Dan jika baik akhlak kita akan jadi ikutan bagi mereka..Sendiri boleh menilai ...

Hawa:Assalamu'alaikum..awak ni siapa?kenapa add saya?

Adam:wa'alaikumsalam wrh wbt..saya mohd adam.Allah gerakkan hati saya untk add..tambah kenalan..

Hawa:(tersipu2 malu)belajar lagi ke?

Adam:iya saya belajar lagi..

Hawa:Belajar kat mana?Umur berapa?tak apa ke saya gangu awak?

Adam:kat /#%$^&)@#...Umur 22..ohh tak apa..Makwe saya sporthing..

Hawa:ouh amik bidang sains rupanya.saya ingatkan amik bidang ustaz tadi..hehe.. Tapi dah macam ustaz saya tgok.Sejuk mata memandang bila tgok picture2 awak.hehe.

Adam:amik bidang apa2 jua keadaan pun boleh.Yang peting ilmu agama perlu diterapkan dalam kehidupan..hehe..


Perbualan tersebut bertali arus hingga ke malam..Dari tak kenal terus kenal2lan..Dari tak biasa terus jadi terbiasa..Ni bukan sombong namanya.Terlebih peramah..heuu...tolonglah jual mahal sikit tak boleh ke?Tanya dan jawab perkara-perkara yang penting boleh kan?Tak elok la macam ni tiada batasan..cuba jawab pertayaan mereka2 yang gedik2 santai macam ni "maaf..soalan tu saya tak dapat jawab..maaf.."..ulang perkataan MAAF biarpun dia terasa dipersendakan..Sombong kt mereka tak apa asalkan jangan sombong dengan si dia yang bergelar suami atau isteri..Sweet kan..hee..

*Dialog tersebut kaitan dengan sesiapa antara hidup atau mati.. Rekaan semata2..

  Haa ni komen dari  Ustaz Azhar Idrus..Boleh kan jawab dalam hati tak perlu lah peramah dan rajin sangat jawab salam tu..Cukuplah sekadar dalam hati..Tak dosa pun kalu tak reply salam tu..err..Renung2kan dan selamat beramal..Anda mampu mengubahnya.."selami jiwa...selami akal...selami lautan dalam"..Sendiri boleh menilai.. :)

Thursday, 14 February 2013

Aku Mencari..dan Mencari..

Di saat terleka dengan dunia, aku merasakan tiada jalan pulang kembali. Aku merasakan bahawa tiada sesiapa yang bisa membantu aku. Aku sesat! Hilang tujuan. Tujuan aku hidup di dunia ini terasa kosong. Aku mahu kembali!

Tetapi... kembali di mana? Aku terlihat cahaya itu. Aku ingin mengikutinya. Namun aku tidak kuat. Ada saja dugaan menimpa. Tapi aneh, samakin banyak dugaan, semakin aku ingin dekat dengan cahaya itu.

Lalu aku berjaya memperoleh cahaya itu. Hatiku riang, aku kembali menemukan jalan pulang, pulang kepadaNya. Ya Allah, terima kasih atas cahaya itu untuk membawaku ke pangkal jalan. Akan kuteruskan perjuangan ini biar sampai nafasku yang terakhir :')
Ya Allah,teguhkan IMANKU ini..
     
           Kerana ini akan menjadi KEKUATAN ketika bertemu denganMu...

Jadikan aku wanita solehah walaupun aku tahu "SOLEHAH" itu masih belum layak buatku.. :') Aamiin

Monday, 11 February 2013

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah:





1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

# By Ustaz Hanz

Saturday, 2 February 2013

Ya ALAH,
kuatkan diriku ketika sedih dan susah
tabahkan diriku disaat letih dan lelah
lindungi aku pabila ku tak mampu bertahan
berikan aku petunjuk untuk membezakan kebaikan dan keburukan
ketika aku memerlukan jalan penyelesaian
berikan aku kesempatan untuk kembali ke pangkal jalan
ketika aku hanyut memburu anganku
berikan aku pedoman untuk mengecap ketenangan
ketika aku dilambung ombak keresahan
jadikan aku manusia yang semakin tabah


# Tenangkan la jiwaku & berkati lah hidupku ni. Semoga segala2nya dipermudahkan..Aamiin..
ALLAH meletakkan kita dalam kemaksiatan kekadang untuk menaikkan darjat kita untuk menjadi lebih baik selepas itu, adakala kemaksiatan itu buat kita menjadi lebih sesat dan menjadi bertambah hina...

mungkin kita sekarang tergolong dari golongan yang baik-baik dan kita juga boleh bertukar menjadi lagha di masa hadapan, dan mungkin kita lagha di masa sekarang kita boleh menjadi orang yang paling soleh dimasa hadapan...

jangan pernah kita memandang hina kepada kawan-kawan yg kita lagha dimasa sekarang, doakan perubahan mereka dengan kasih sayang, bukan mengingatkan dengan cara kasar dan penuh kesombongan seumpama diri tidak pernah berbuat dosa dan bakal tidak berdosa dimasa depan...

ingatlah kita tidak pernah tahu tahap taubat seseorang , mungkin dosa besar yang kita lihat pada orang lain sudah terampun dengan taubatnya, dosa sendiri tak pernah terlihat, disebabkan hijab dosa-dosa pada diri...

Ya ALLAH Ampunkan dosa kami semua :'( Muhasabah diri..
Di saat aku ditimpa ujian ......
   Aku keseorangan tanpa sesiapa disisi...
Melainkan ALLAH yang sentiasa menemani..
   Aku tahu ALLAH tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya...
Dan aku tahu ALLAH uji kita tanda Dia sayang kita..
  Saat aku terjatuh aku cuba bangkit..
Bangkit untuk tegar meneruskan kehidupan...
   Sebab aku tahu bila aku dalam kesusahan ALLAH pasti ada untuk aku...
Buktinya hingga kini aku still wujud still lagi boleh teruskan kehidupan aku..
   Hadapi lah ujian dengan 3K(Kesenyuman,kesabaran dan ketabahan)
Setiap masalah ada penyelesaiannya..
  
  .


Friday, 1 February 2013

Kita berjumpa ALLAH yang pertemukan...
    Kelak kita berpisah ALLAH jua yang menentukan... :)

Ayu nya wanita

Ayu nya wanita
(◠‿◠✿ Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita kerana keteguhan imannya.

Cukuplah ALLAH bagiku..

Cukuplah ALLAH bagiku..
Bukan menolak CINTA adam tapi dalam proses mencari CINTA ILAHI..Kalau saya GAGAL dalam mencari CINTA ILAHI..maka tak MUSTAHIL saya juga akan GAGAL dalam menCINTAI dia yakni HAMBA ILAHI.♥

Popular Posts

my hamster