Saturday, 26 January 2013

:)

     Semalam dan hari agak letih...Semalam tidur hanya 3jam saje..Berborak2 kt surau kolej tak perasan jam dah mnunjuk kan pkul sebelas..Walhal kami dah tahu kena bgun kul 1 untuk persiapkan diri menunggu bas untuk ke Masjid putra,putrajaya bg program istigasah al-kubra ..Haha..Tapi apa kan  daya semua muslimah tidur tak nyeyak...Tutup saja mata tapi tk boleh tidur..huhu..

    Setibanya di sana...Kami mendaftarkan diri di kaunter dan segera bergegas ke toilet untuk ambil wudhuk.Tapi sayangnya tidak ramai yang join program tu..Tidak sampai suku masjid yang memenuhi ruang..Takpalah bukan kuantiti yg kita mahu tapi kualiti..Semoga kami dapat keberkatannya..

     Jemaah diberikan tatacara program berlangsung...Kami solat sunat tahajjud 8 rakaat,solat hajat 2 rakaat dan solat sunat witir 3 rakaat...Selepas sahaja solat fadhu subuh kami berarak ke dataran untuk ber istighasah...Allahu Rabbi betapa merdunya alunan zikir yang dilagu kan...


   Selepas selesai majlis ,kami dibekalkan makan dan seterusnya bersurai..Tidak ckup selepas untuk,seperti biasa setiap tanggungjawab aku mngaji di sungai serai yang dipimpin oleh ustaz Din..Seperti hari kebiasaan nya ustaz akan mngambil kami di hostel masing2...Alhamdulillah..so,takda lah alasan untuk MC ngaji...

   Adik2 yang hadir seperti terkejut melihatku..Boleh dikatakan seperti orang baru masuk. Salah seorang adik bertanya kepada kak baishirah"akak,siapa yang sebelah akak ni?" Baru saja aku ingin menjawab ,sahabatnya mencelah "Siapa ni,,siapa ni..kenal ke?" katanya...Haha..Aku menjadi persoalan dan mereka tertanya2 wanita misteri itu.Aku kaku..tak tahu nak jawab apa..Aku hanya mampu senyum..ok senyum...Tapi mereka tak nampak senyuman yang aku pancar kan..ya...Aku ingin istiqamah tapi terasa diri masih tak layak..masih layak banyak dosa dan kekurangan diri..Rasa terhina..Pada masa yang sama ,ada pihak yang bertentang dengan keputusan aku..

      Aku mulai bangkit dan memberani kan diri selepas aku minta advice dan pendapat pada ustaz Din ..Katanya..."Buat apa nak takut kalau kita buat kebaikan,memang ada yang tak sefahaman dengan kita tapi kita boleh slow talk,tunjukkan akhlak yang baik terhadapnya..Inshaa ALLAH dia sendiri akan akur terhadap keputusan kita" ..itu salah satu potongan ayat yan ustaz beri...Inshaa ALLAH..Semoga aku kuat dan bangkit untuk menerima segala cumuhan dan sindiran yang diberikan oleh mereka2 ..

No comments:

Ayu nya wanita

Ayu nya wanita
(◠‿◠✿ Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita kerana keteguhan imannya.

Cukuplah ALLAH bagiku..

Cukuplah ALLAH bagiku..
Bukan menolak CINTA adam tapi dalam proses mencari CINTA ILAHI..Kalau saya GAGAL dalam mencari CINTA ILAHI..maka tak MUSTAHIL saya juga akan GAGAL dalam menCINTAI dia yakni HAMBA ILAHI.♥

Popular Posts

my hamster