Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.
"Dah takde jodoh..."
Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:
Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.
Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai
ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,
"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah.
Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah
buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH
PATUT DILEBIHKAN.
Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.
Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu
dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri
segalanya. Beri hatinya.
Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.
Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham,
sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta,
sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab
cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu
cumalah asbab.
Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.
After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?
Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,
"Cukuplah Allah bagiku."
Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,
"Kun Fa Yakun."
Putuslah.
Berakhirlah.
"Kembali sujud pada-KU!"
Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang kau lebih perlukan?
Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."
Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.,...
#nukilan dari seorang shbat di fb..aku sokong dgn ayat2nya..so fkir2 lah mana yang terbaik :)
bila saatnye masa terhenti.. masihkah ada cahaya yang menerangi.. masihkah adakah jalan bagiku..ya ALLAH aku lemah terpaku...tanpa hala tuju,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ayu nya wanita
(◠‿◠✿ Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita kerana keteguhan imannya.
Cukuplah ALLAH bagiku..
Bukan menolak CINTA adam tapi dalam proses mencari CINTA ILAHI..Kalau saya GAGAL dalam mencari CINTA ILAHI..maka tak MUSTAHIL saya juga akan GAGAL dalam menCINTAI dia yakni HAMBA ILAHI.♥
Popular Posts
-
BismiLlaahirRahmaanirRahii m. Assalaamu'alaykum WarahmatuLlaahi Wabarakaatuh. Mensyukuri semua yang telah diberikan oleh A...
-
1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu...
-
Di saat aku ditimpa ujian ...... Aku keseorangan tanpa sesiapa disisi... Melainkan ALLAH yang sentiasa menemani.. Aku tahu ALLAH ...
-
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh Bissmillahirrahmanirrahiim Diriwayatkan dari Abbas bin Abdul Muthalib RA, ia ber...
-
Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turu...
-
Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata ...
-
Ya ALAH, kuatkan diriku ketika sedih dan susah tabahkan diriku disaat letih dan lelah lindungi aku pabila ku tak mampu bertahan berikan ...
-
saya ada satu cerita yang nak dikongsikan pada rakan2...silakan membaca...Dia seorang wanita yang dikenali seorang yang kuat kuat ibadah, ...
-
Semasa mereka sibuk mengejar syahid, (ganjaran cash dr Allah kalo nak masuk syurga terus direct) remaja sini sibuk fikir macama...

No comments:
Post a Comment