Saturday, 7 April 2012

“Awak ambik kos pendidikan
Islam...??”
“tak…”
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik

kos bahasa arab kan…”

“Tak juga, saya kos economics n
management sciences la…”
“saya ingatkan ustazah tadi…”
Hmmm... soalan-soalan sebegini
selalu diajukan pada mereka
yang bertudung labuh… Asal
tudung labuh je ingat ustazah,
asal pakai tudung labuh je orang
ingat pelajar jurusan agama…
Haishhh… ana bukan ustazah,
bukan juga anak ustaz.. ana
bertudung labuh sebab ana
seorang muslimah!!! Iye betul
biasanya ustazah yang pakai
tudung labuh… Tapi tak salahkan
ana memakai tudung labuh...
Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan)
melabuhkan kain tudung hingga
menutupi dada-dada mereka.
" (An-Nur : 31)
Ada juga yang menyangka bila
seseorang itu bertudung labuh,
bermakna alimnya seorang
wanita. Hakikatnya tak semua
yang bertudung labuh sarat
dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
"Dahtu kenapa bertudung
labuh?"
Awak… Islam menyarankan
muslimah untuk bertudung labuh
kerana penuh dengan hikmah. Ia
bukan sekadar menutupi aurat,
tetapi juga melindungi diri.
Tudung itu sendiri bisa mendidik
si pemakainya…
“Eh tudung pun boleh jadi
cikgu???”
Boleh dikatakan begitu… cuba
anta wa anti bayangkan, agak-
agak ada ke wanita bertudung
labuh pergi berpesta, pegi disco?
Ya kalau ada pun cuma segelintir
yang tak tahu malu… Bila
bertudung labuh akan lebih
menjaga akhlak, yela… takkan
yang bertudung labuh nak
terlompat-lompat, terkinja-kinja
tengok konsert, menjerit-jerit
macam kena hysteria… kan kalau
perangai tak jaga, nanti orang
mengata, harap je pakai tudung
labuh tapi perangai… Nauzubillah…
Bila jenjalan kat mana-mana
jarang lelaki yang berani tegur
lebih-lebih, paling tidak pun
mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustazah… tak
jawab dose taw”
Tengok, yang nakal pun tiba-
tiba jadi budak baik. Sudah
menjadi fitrah, lelaki kan tertarik
pada wanita, dengan susuk
tubuhnya yang menggoda, jalan
lenggang-lenggok, apatah lagi
yang lemah imannya. Kadang-
kadang lelaki tertarik mendekati
wanita bertudung labuh kerana
keindahan akhlaknya. Jadi
mereka rasakan mereka perlu
berubah tetapi dalam masa yang
sama mereka ingin mendampingi
wanita yang bertudung labuh
yang mungkin boleh membantu
mereka dengan ilmu yang wanita
itu ada.
“Awak… saya nak berubah jadi
budak baik, boleh tak awak
awak bimbing saya?”
“Kenapa saya”
“Sebab saya tengok awak alim
je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai
tudung labuh???"
Awak lelaki kalau benar-benar
mahu berubah, awak seharusnya
cari yang sama jantina dengan
awak. Kerana itu lebih terjaga
dan jauh dari fitnah. Ramai lagi
lelaki yang jauh lebih alim dari
saya…
Iye walaupun saya bertudung
labuh, tapi belum tentu ilmu
setinggi langit. Bukan saya
kedekut ilmu, sombong. Setakat
ilmu yang ada bolehla kita share
kerana ilmu itu bila saya beri ia
makin bertambah. Saya juga
masih berusaha mencari
sebanyak ilmu yang mungkin.
Kerana hanya dengan ilmu
mampu mengubah seseorang
membawa keluar dari kotak
kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya,
penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu
yang diamalkan, pasti terpancar
nur dari dalam hati. Saya juga
perlu dibimbing dan tudung labuh
ini bukanlah suatu lambang
ketinggian ilmu seseorang. Cuma
saya cuba jadi yang terbaik, apa
yang saya mampu lakukan, saya
kan cuba sedaya upaya
mengamalkannya kerana
indahnya hidup bersyariat.
Dan tak bermakna yang tudung
singkat itu sedikit ilmunya, cuma
mungkin masih belum tergerak
hatinya untuk berubah kepada
yang lebih baik, sama-sama kita
doakan..insyaAllah.
sekian..................... ;D
*Semoga Allah memberikan kita
keimanan yang teguh dalam
menjalani hidup yang penuh
dengan cabaran di akhir zaman
ini. Iman ada naik dan turunnya.
Dan itulah yang kita risaukan,
apa yang terjadi pada kita saat
iman kita lemah.. Nau'zubillah...
*Teruskan berdoa kepada
pencipta kita yang satu, ALLAH
SWT... Sesungguhnya doa itu
senjata Mukmin.


No comments:

Ayu nya wanita

Ayu nya wanita
(◠‿◠✿ Cantik wanita kerana kejernihan wajah. Manis wanita kerana senyumannya yg indah. Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah. Hebat wanita kerana keteguhan imannya.

Cukuplah ALLAH bagiku..

Cukuplah ALLAH bagiku..
Bukan menolak CINTA adam tapi dalam proses mencari CINTA ILAHI..Kalau saya GAGAL dalam mencari CINTA ILAHI..maka tak MUSTAHIL saya juga akan GAGAL dalam menCINTAI dia yakni HAMBA ILAHI.♥

Popular Posts

my hamster