Hukum menonton wayang

Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi
menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang
ditayangkan? Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah
walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar?
Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem
seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan
mereka menonton apa yang mereka mahu?
Jawapan
: Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke
panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti
dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam
dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah
seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah
ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.
Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang
dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata
tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak
akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam
panggung wayang itu.
Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi
adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan
susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “
sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram”
Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti
menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh
membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai
haram hukumnya.
Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si
penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi
kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks
dan filem lucah. Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk
menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.
Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan dengan
kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui,
sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang
yang rendah pemikirannya yang tidak menurut perintah dan larangan Allah
kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.
Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan
mereka menggunakannya. Mungkin orang yang mengajukan soalan ini,
maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa
sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka
untuk menjauhi perbuatan ini. Didalam kes ini hendaklah dia melarang
mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing
mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran
yang setimpal oleh Allah SWT kelak.
Hakikatnya, pada hari ini kaum Muslimin dikelilingi dengan penderitaan
dan penindasan dari pelbagai penjuru disebabkan ketiadaan Daulah
Khilafah yang memelihara umat. Sememangnya, seorang Muslim tidak
sepatutnya mempunyai waktu yang terluang untuk dihabiskan dengan
melayani hiburan yang mubah(dibolehkan), apatah lagi mahu menghabiskan
waktunya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah,
Nauzubillah!
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai seorang Muslim yang
berfikiran cemerlang, untuk mengajak saudara-saudara seIslam kita,
mengerahkan seluruh masa dan tenaga yang ada, untuk sama-sama bekerja
keras menegakkan kembali Daulah Khilafah yang dengannya nasib umat ini
akan terbela dan penderitaan umat Islam akan digantikan dengan
kegembiraan. Wallahu ‘alam
No comments:
Post a Comment